/Diugut dengan pendedahan mesej KakaoTalk, Ku Hye Sun gelarkan Ahn Jae Hyun ‘pengkhianat’

Diugut dengan pendedahan mesej KakaoTalk, Ku Hye Sun gelarkan Ahn Jae Hyun ‘pengkhianat’

Berhubung tindakan Ku Hye Sun semalam yang menyanggah kenyataan Ahn Jae Hyun secara terbuka, Ahn Jae Hyun dikatakan tidak senang dan bersedia untuk membalasnya dengan segala bukti yang mereka ada termasuklah kesemua rangkaian mesej KakaoTalk antara mereka.

Seorang rakan terdekat Ahn Jae Hyun berkata, “Ahn Jae Hyun jelas tidak selesa dengan pendedahan berterusan daripada Ku Hye Sun. Kami akan dedahkan kesemuanya menjelang minggu ini juga.”

Manakala, Ku Hye Sun yang telah membaca laporan berita itu berkata, “Aku tak guna pun Kakao Talk~Hentikan persediaan yang sia-sia saja. Kau ‘pengkhianat’.”

Kemelut penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun ini sukar untuk dinoktahkan berikutan masing-masing saling membuat kenyataan berbalas antara satu sama lain menerusi akaun media sosial mereka.

Sumber: chosun ilbo , instagram Ku Hye Sun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.