/Sahut cabaran nyanyi lagu Melayu dalam Big Stage 2019, nama Han Byul kembali meniti dibibir peminat Malaysia

Sahut cabaran nyanyi lagu Melayu dalam Big Stage 2019, nama Han Byul kembali meniti dibibir peminat Malaysia

Han Byul, atau nama sebenarnya Jang Han Byul satu nama yang agak popular yang dalam dunia hiburan Korea Selatan kerana mempunyai suara yang lunak.  Setelah sekian lama, nama Han Byul kini kembali tular dimedia-media sosial terutamanya di Malaysia kerana si empunya nama ini terpilih untuk menyertai satu rancangan realiti Malaysia iaitu Big Stage Musim ke-2.

Rancangan Big Stage ini adalah satu platform untuk mengangkat bakat-bakat baru yang dikenali dengan jolokan ‘budak baru nak up’ (BBNU). Big Stage musim pertama telah berjaya mengangkat Sarah Suhairi sebagai Juara. Seramai 12 orang BBNU akan bersaing dalam musim yang ke 2 ini.

Kali ini, ia tampil berbeza kerana pihak produksi membawakan peserta-peserta berbakat bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan. Memetik sumber dari Astro Awani, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, fenomena yang berlaku pada musim pertama membuatkan pihak pengurusan Astro bersedia mengembangkan jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pastinya keputusan ini berhubung kait dengan salah satu persembahan Sarah Suhairi yang tular ketika menyanyikan lagu popular kumpulan dari Korea Selatan, Blackpink iaitu “Ddu-Du Ddu-Du”. Bahkan persembahannya mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.

Bagi Han Byul pula, dengan menyertai rancangan ini, ia merupakan cabaran paling besar buatnya kerana perlu menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu. Namun begitu, dia sudah bersedia untuk memberi saingan kepada peserta Big Stage yang lain yang masing-masing punyai kelebihan tersendiri dari segi vokal dan persembahan.

Bagi tugasan minggu pertama yang bersiaran pada Ahad lepas, kesemua peserta menyanyikan lagu masing-masing. Han Byul telah memilih sebuah lagunya berjudul “Shooting Star” yang pernah menjadi sebahagian runut bunyi untuk drama KBS “Sassy, Go Go”.  Persembahannya sangat dinanti-nanti kan oleh para peminat. Bahkan kelab peminat Han Byul, twinklerfc kini dilihat semakin aktif dalam menyokong perjalanannya di Big Stage 2 dan semakin berkembang dari segi kuantiti peminatnya.

Bagi tugasan minggu kedua, Han Byul ditugaskan untuk menyanyikan lagu “Vroom Vroom” dari Nabila Razali. Nampaknya, ini satu tugasan yang agak berat bagi Han Byul kerana perlu menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu. Penulis dapat rasakan, Han Byul pasti akan melakukan yang terbaik disamping mencabar diri sendiri untuk sesuatu yang luar biasa. Tak sabar rasanya penulis nak saksikan persembahan Han Byul nanti. Apapun , jom saksikan dulu persembahan bertenaga dari Han Byul untuk minggu pertama.

Sedikit info mengenai Han Byul:

Han Byul yang dilahirkan di Brisbane, Australia mula debut pada tahun 2011 bersama kumpulan ‘ Led Apple’ menerusi album CODA. Dia juga telah dilantik sebagai ketua kumpulan ketika itu. Han Byul turut mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengacaraan, dan pernah mengendalikan acara TV popular iaitu ‘After School Club’ di mana, melalui rancangan ini, dia telah dikenali oleh peminat di luar negara.

Selepas Hanbyul keluar dari kumpulan ‘Led Apple’ pada tahun 2014,  Hanbyul bergerak secara solo dan telah terlibat secara serius dalam menyanyikan lagu bagi mengisi runut bunyi drama-drama Korea. Antara runut bunyi drama (OST) yang pernah menggunakan suara lunak ini adalah ‘Winter Wind’ dari drama SBS ‘Remember’, ‘Those Words’ dari drama MBC ‘Blow Breeze’, ‘Call My Name’ dari drama tvN ‘Marriage, Not Dating’ dan ‘I’ll Be There For You’ dari drama MBC ‘7th Grade Civil Servant’.

 

Korang yang minat Han Byul, jangan lupa untuk menyokongnya dan saksikan persembahannya dalam Big Stage 2019, setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria Ch 104 dan Astro Ria HD Ch 123. Selain itu, korang boleh undi Han Byul untuk menjadi VIVO BBNU OF THE WEEK dilaman web rasmi Big Stage (https://www.gempak.com/bigstage) dan jangan lupa untuk follow Han Byul dan kelab peminatnya seperti di bawah:

Instagram peribadi Han Byul @onestarbyul

Twitter peribadi Han Byul @jasononestar

Instagram kelab peminat Han Byul @twinklerfc

Twitter kelab peminat Han Byul @TwinklerFC

Selamat maju jaya penulis ucapkan buat Han Byul!

Komentar

comments

loading...