/[Gempar] Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun saling berbalas; Ahn Jae Hyun dakwa Ku Hye Sun dera mentalnya bertahun-tahun

[Gempar] Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun saling berbalas; Ahn Jae Hyun dakwa Ku Hye Sun dera mentalnya bertahun-tahun

Setelah berdiam diri sejak sekian lama, akhirnya Ahn Jae Hyun tampil mempertahankan maruah dirinya daripada terus diperkotak-katikkan dek kenyataan sebelah pihak oleh isterinya sejak 18 Ogos 2019 yang lalu.

Ahn Jae Hyun menafikan tohmahan pihak Ku Hye Sun bahawa dia telah keluar berfoya-foya bersama beberapa orang gadis dengan mendakwa kenyataan Ku Hye Sun semalam hanya didedahkan separuh saja tanpa melihat konteks yang sebenar.

Ahn Jae Hyun berkata Ku Hye Sun telah mendera mentalnya bertahun-tahun, “Tiga tahun perkahwinan kami sepatutnya bahagia, tapi telah membebankan kesihatan mentalku. Aku cuba untuk perbaiki hubungan kami tapi tak senang untuk datang dekat. Akhirnya, kami berpisah setelah masing-masing tak bersefahaman lagi, dan tinggalkan rumah itu supaya dia dan lima binatang peliharannya itu dapat hidup selesa. Kami putuskan bercerai pada 30 Julai.”

Ahn Jae Hyun turut membayangkan Ku Hye Sun seorang yang tamak sehingga menuntutnya sebuah apartment milik mereka bersama. “Aku bayarkan wang penyelesaian setelah Ku Hye Sun habis mengira. Ia termasuklah gaji harian dan duit dia sumbangkan padaku sepanjang tiga tahun bersama. Aku turuti kerana aku mahu mengurangkan beban kewangan ditanggung oleh isteriku yang tersayang. Tetapi beberapa hari kemudian, Ku Hye Sun kata duit tak mencukupi, dia nak apartment yang kami duduki bersama. Selepas itu, aku bagitahu agensi dan pada 8 Ogos lalu, kami bersemuka antara satu sama lain dan CEO pujuk kami supaya menahan dahulu, ” kata Ahn Jae Hyun.

Berhubung responnya tentang bagaimana Ku Hye Sun boleh mengetahui mesej peribadinya yang dikirimkan pada CEO HB Entertainment itu, Ahn Jae Hyun berkata, “Pada malam 9 Ogos, dia datang ke pejabatku dan dia tipu pengawal keselamatan bahawa dia kehilangan kunci. Dia terus ceroboh masuk dengan alasan, “Ini bukan pencerobohan, aku masuk kerana aku isteri kau.” Dia terus rampas telefonku dan baca mesej yang aku kirimkan pada CEO. Pada masa itu , aku baru terjaga daripada tidur dan tak berdaya menghalangnya. Aku tak menengkingnya tapi pada masa itu, aku sudah putuskan kita tidak boleh lagi meneruskan perkahwinan ini lagi.” Ahn Jae Hyun mendakwa Ku Hye Sun telah menggangu privasinya terang-terang.

Mengaku telah menjalani terapi selama setahun dan empat bulan, Ahn Jae Hyun turut mengambil ubat bagi mengawal kemurungannya. “Aku sudah cuba menjadi suami yang terbaik, dan tak pernah sesekali melakukan perkara yang memalukan. Aku minta maaf kepada semua [syarikat agensi, produser ‘My Little Old Boy’, dan krew drama produksi MBC ‘People With Flaws’] yang terkesan akibat kemelut penceraian ini.”

Beberapa minit kemudian, Ku Hye Sun membuat kenyataan balas menafikan pendedahan yang dibuat oleh Ahn Jae Hyun tersebut.

“Duit perabot rumah semuanya aku yang sumbangkan, dan kerja rumah juga aku yang buat kesemuanya.,” dakwa Ku Hye Sun menafikan kenyataan Ahn Jae Hyun membayangkan dirinya seorang tamak.

Berkenaan akuan Ahn Jae Hyun mengambil pil anti-kemurungan selama setahun dan empat bulan, Ku Hye Sun menjawab, “Apabila anjingku mati, aku tertekan sangat dan aku kenalkan suamiku pada pakar psikiatri. Semangatku kian pulih tapi suamiku pulak makin suka meneguk arak. Dalam keadaan mabuk-mabuk, sempat lagi bercerita tentang perempuan.”

Ku Hye Sun turut menyangkal dakwaan dia telah menjadi penghalang untuk Ahn Jae Hyun memfokuskan sepenuhnya kepada kerjaya lakonannya berbanding menghadapi kemelut penceraian ini. Ku Hye Sun berkata, “Apa yang aku buat ini salah? Aku cakap aku taklah seksi dan bila ditanya dia tetap mahukan cerai kerana tak punyai ‘tetek’ yang cantik macam dia nak. Bila suamiku tinggal dengan perempuan itu, dia buka Youtube terang-terang kasi lelaki dengar. Aku pulak terkurung dalam rumah, wanita yang kau kata sayangi itu sudah menjadi ‘zombie’.”

Sumber: sport seoul, cstimes , IS Plus

Komentar

comments

loading...