/Red Velvet dipercayai menciplak hasil karya seni orang lain? ‘Paris99’ tuntut penjelasan SM Entertainment

Red Velvet dipercayai menciplak hasil karya seni orang lain? ‘Paris99’ tuntut penjelasan SM Entertainment

Foto berkonsep yang dikeluarkan oleh SM Entertainment untuk promosi album EP terbaru Red Velvet telah menuntut pereka fesyen bertempat di New York itu meminta penjelasan SM di atas dakwaan menciplak hasil karya seninya.

‘Paris99’ membuat hantaran di ‘instagram story’-nya dengan mendakwa Red Velvet telah mengenakan fesyen yang diambil ideanya daripada hasil titik peluhnya selama ini yang diinspirasikan daripada pemerhatiannya terhadap apron dipakai oleh nenek-nenek. Foto berkonsep itu memaparkan Red Velvet memakai pakaian seakan-akan bentuk apron sambil bersandar di bawah rimbunan pepohon hijau. Sebilangan netizen yang membandingkannya dengan karya seni milik ‘Paris99’ itu turut bersetuju kerana terdapat persamaan yang jelas antaranya.

Tambah ‘Paris99’ lagi, beliau memberitahu bahawa agen daripada SM tidak langsung menemuinya untuk berkolaboratif di atas peminjaman karya seninya untuk dijadikan foto berkonsep Red Velvet. Akui dimaklumkan oleh peminat Red Velvet itu sendiri , ‘Paris99’  menuntut penjelasan daripada SM dengan segera.

Red Velvet telah melancarkan single, ‘Umpah Umpah’ dan album EP terbaru mereka, ‘The ReVe Festival: Day 2′ bermula tengah malam semalam, 20 Ogos 2019. Selain Red Velvet, BTS juga pernah dituduh menciplak hasil karya seni milik jurugambar Perancis untuk album “BloodSweat, & Tears” tak lama lalu.

Sumber: IS Plus , mk sport

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.