/10 Pelakon Ini Pernah Jalani Kehidupan Sebagai Pelatih Idol !

10 Pelakon Ini Pernah Jalani Kehidupan Sebagai Pelatih Idol !

Ramai orang terutamanya di Korea Selatan, mengimpikan untuk menjadi penyanyi idol yang popular. Namun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana persaingan yang sengit dan ia menuntut pengorbanan seseorang itu dari segi masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit.

Biarpun bergelar pelatih untuk sekian lama, ia tidak menjanjikan bulan dan bintang. Oleh sebab itu, ada segelintir pelatih idol bertukar haluan ke bidang seni yang lain seperti lakonan dan peragaan. Ada diantara mereka dilihat berjaya serta lebih bersesuaian dengan karier baru yang mereka ceburi itu.

Nak tahu siapa pelakon yang dahulunya pernah bergelar pelatih idol? Let’s check it out

1. Ahn Hyo Seop

Siapa yang tidak kenal Ahn Hyo Seop. Namanya meningkat naik setelah membintangi drama SBS “Still 17” disamping Yang Se Jong dan Shin Hye Sun. Siapa sangka, Ahn Hyo Seop juga pernah bergelar pelatih idol di JYP Entertainment selama tiga tahun sebelum putus asa kerana kurang kemahiran dan berdepan masalah ketinggian. Beliau pernah berkongsi dorm bersama Jackson GOT7 semasa bergelar pelatih dahulu.

Ahn Hyo Seop kini semakin dikenali setelah membintangi drama terbarunya iaitu tvN “Abyss” disamping Park Bo Young di mana ia merupakan kali pertama beliau menjadi tunjang utama sesebuah drama.

2. Seol In Ah

Siapa sangka Seo In Ah boleh menari dengan baik. Jangan tak tahu, Seo In Ah ini dahulunya seorang pelatih bersama penyanyi Heo Young Ji. Beliau pernah menunjukkan skill tariannya dalam beberapa rancangan tv antaranya “Running Man” seperti video di bawah.

Seol In Ah dan Kim Jae Young telah bersetuju untuk membintangi drama terbaru KBS “Love is Beautiful, Life is Wonderful” yang akan bersiaran sekitar  September depan. Antara drama lain yang pernah dibintangi Seo In Ah yang boleh anda tonton adalah “Special Labor Inspector Mr. Jo” (MBC), “School 2017” (KBS), “Strong Woman Do Bong-Soon” (JTBC) dan drama panjang “Sunny Again Tomorrow” (KBS).

3. Gong Seung Yeon

Pelakon ini merupakan kakak kepada Jeongyeon TWICE dan hampir bergelar idol seperti adiknya. Gong Seung Yeon pernah bergelar pelatih di SM Entertainment selama tujuh tahun. Pada tahun 2012, Seung Yeon debut sebagai pelakon menerusi drama “I Love Lee Tae Ri” dan ini menyebabkan beliau jatuh cinta pada dunia lakonan. Gong Seung Yeon akhirnya meninggalkan agensi SME dan secara rasminya menukar haluan kepada dunia lakonan.

Gong Seung Yeon akan membintangi drama JTBC “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” yang ditayangkan pada September depan.

4. Lee Sun Bin

Kekasih hati Lee Kwang Soo ini juga pernah bergelar pelatih idol selama tiga tahun. Bermula dengan menjadi pelakon gantian untuk satu pengambaran iklan, Lee Sun Bin akhirnya terus menjadikan lakonan sebagai kariernya.

Beliau pernah membintangi drama seperti “Missing Nine” (MBC), “Criminal Minds” (tvN) dan “Sketch” (JTBC). Drama terbaru Lee Sun Bin disamping pelakon Song Seung Heon dan Lim Ju Hwan tvN “The Great Show” akan mula ditayangkan pada 26 Ogos ini. Jangan lupa saksikan lakonan hebat Lee Sun Bin ini ya!

5. Ku Hye Sun

Nama yang sering diperkatakan saat ini, Ku Hye Sun. Ku Hye Sun pernah menjadi pekatih di SM Entertainment sebelum bertukar ke agensi DSP Media di mana beliau bersiap-siap untuk debut dalam sebuah kumpulan wanita. Sangka panas berpanjangan, rupa hujan ditengah hari menjadikan rancangan tersebut gagal direalisasikan sebelum berpindah ke agensi YG Entertainment. Sepatutnya Ku Hye Sun menjadi sebahagian dari kumpulan 2NE1, namun CEO ketika itu Yang Hyun-suk menasihatkan beliau meneruskan karier dalam bidang lakonan dan akhirnya Ku Hye Sun menjadi antara pelakon yang berjaya.

“Boys Over Flower” telah menaikkan nama Ku Hye Sun dan drama ini menjadi drama yang paling ramai ditonton hingga ke hari ini.  Antara drama lain yang pernah dibintangi beliau adalah “Take Care of Us, Captain” (SBS), “Angle Eyes” (SBS), “Blood” (KBS) dan sebuah drama Taiwan “Absolute Darling“. Ku Hye Sun juga berkebolehan untuk menulis lagu, menyanyi dan kini bergelar pengarah. Jom kita dengarkan suara Ku Hye Sun pula:

6. Kim Ji Hoon

Melihatkan fizikal Kim Ji Hoon, pasti ramai yang percaya jika ada yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang idol. Dalam satu episode “Strong Heart”, Leeteuk Super Junior buat pengakuan di mana Kim Ji Hoon seorang yang sangat tampan dan seorang penerbit televisyen pula dengan tegas menyatakan Kim Ji Hoon akan mengecapi populariti sebagai seorang selebriti. Pernah bergelar pelatih yang paling popular di SM Entertainment, Kim Ji Hoon bakal debut sebagai idol namun menukar karier kepada bidang lakonan  dan akhirnya bergelar seorang pelakon.

Antara drama lakonan Kim Ji Hoon adalah “The Rich Son”(MBC), “Bad Thief, Good Thief” (MBC), “Come! Jang Bo-Ri” (MBC) dan “Flower Boy Next Door” (tvN).

7. Lee Yeon Hee

Lee Yeon Hee, yang mula debut menerusi drama KBS “Sea God,” merupakan seorang pemenang bagi pertandingan “SM Teenage Contest” yang dianjurkan oleh SM Entertainment dalam merekrut pelatih-pelatih baru pada tahun 2001. Beliau berjaya menewaskan 8,000 peserta untuk memenangi pertandingan tersebut. Lee Yeon Hee pernah berlatih bersama teman-temannya dari kumpulan Girls’ Generation. Dalam satu rancangan variety show, Lee Yeon Hee pernah menyatakan biapun layak ke peringkat akhir pertandingan, namun beliau tewas kepada Choi Sooyoung untuk merebut tempat dalam kumpulan Girls’ Generation.

Terbaru, Lee Yeon Hee bakal bergandingan semula dengan Taecyeon 2PM dalam drama terbaru MBC berjudul “The Game” yang akan ditayangkan sekitar Januari 2020. Sebelumnya Lee Yeon Hee pernah berlakon dalam “Reunited Worlds” (SBS), “The Package” (JTBC), dan “Hwajung” (MBC).

8. Kim Min Jae

Mesti korang ingat Kim Min Jae ni idol kan. Nak-nak Kim Min Jae berkawan baik dengan V BTS. Dulu, memang Kim Min Jae pernah bergelar pelatih selama empat tahun dan ada featured sebuah lagu berjudul “Dream” untuk runut bunyi drama lakonannya KBS “Hit The Top”. Entah bagaimana, akhirnya beliau tukar haluan untuk bergelar seorang pelakon yang kini sedang meningkat naik.

Drama terbaru Kim Min Jae “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” (JTBC) akan bersiaran pada September depan.

9. Jin Se Yeon

Dalam satu rancangan MBC “Entertainment Relay,” Jin Se Yeon mendedahkan bahawa beliau pernah bergelar pelatih satu ketika dahulu dan hampir-hampir debut sebagai penyanyi idol. Beliau juga pernah menjadi backup dancer untuk sub-unit kumpulan Jewelry iaitu Jewelry S. Bagaimanapun menurut Jin Se Yeon, entah mengapa beliau beralih arah ke pengambaran iklan dan perlahan-lahan masuk ke dunia lakonan.

Kepada peminat Jin Se Yeon, korang boleh menonton beberapa drama lakonannya seperti “Item” (MBC), “Doctor Stranger” (SBS), “Grand Prince” (TV Chosun) dan “The Flower in Prison” (MBC).

10. Kim Hyung Seok

Kim Hyung Seok, yang membintangi  web drama “Love Playlist,” pada mulanya memang mengimpikan untuk bergelar idol. Semasa sesi temuramah pada April lepas, Kim hyung Seok sempat berkongsi dengan menyatakan, “Semasa diusia muda saya dulu, impian saya ingin menjadi seorang idol. Oleh itu, saya pernah menjadi pelatih untuk satu tempoh yang singkat. Pada masa itu, saya saya telah belajar menyanyi, menari dan berlakon. Tapi, semakin saya berlatih berlakon, saya rasa seronok dan keinginan untuk jadi pelakon semakin berkembang.”

Sumber : insight | Soompi

Komentar

comments

loading...