/[Terkini] Pemilihan X1 mungkin tak sah? Polis jumpa bukti dakwaan wujudnya manipulasi undian

[Terkini] Pemilihan X1 mungkin tak sah? Polis jumpa bukti dakwaan wujudnya manipulasi undian

Polis dikatakan telah menemui bukti audio wujudnya dakwaan memanipulasikan  undian  finalis di dalam telefon bimbit milik salah satu krew ‘Produce X 101’.

Menurut laporan daripada JoongAng IIbo, selepas serbuan dilakukan oleh Jabatan Polis Seoul Metropolitan pada 31 Julai 2019 lalu berikutan desakan daripada netizen mahukan siasatan padu berdasarkan pemerhatian mereka ke atas paparan undian atas talian tempoh hari, polis secara tak sengaja menemui bukti berkenaan dan membuatkan mereka melakukan serbuan kali kedua pada 12 Ogos kemudian.

Polis yang dihubungi media JoongAng Ilbo tidak mahu mengulas lanjut tentangnya lagi sehingga siasatan mereka lengkap sepenuhnya.

Sekiranya wujud dakwaan manipulasi undian berkenaan, maka pemilihan kesebelas ahli X1 mungkin tidak sah secara teknikal dan akan membawa perdebatan panjang mengenainya di masa akan datang. X1 dijangka akan ‘debut’ menjelang 27 Ogos 2019 ini dengan album pertama mereka berjudul ‘Quantum Leap’ dan single utama bertajuk ‘Flash’.

Sumber: YTN

Komentar

comments

loading...