/5 Jenama Fesyen Ini Adalah Cetusan Idea Daripada Selebriti Korea

5 Jenama Fesyen Ini Adalah Cetusan Idea Daripada Selebriti Korea

Selebriti-selebriti Korea memang sering dijadikan sebagai ikon fesyen. Malah, dipilih menjadi wajah-wajah rasmi untuk jenama-jenama fesyen tersohor. Selain itu, kita sering melihat selebriti Korea sentiasa dibaluti jenama-jenama mewah seperti Chanel, Balenciaga, Gucci, Dior dan sebagainya lagi. Namun tahukah anda, terdapat beberapa selebriti yang mempunyai jenama mereka tersendiri?

1. Blanc & Eclare

Di kelola oleh ahli Girls’ Generation iaitu di cantik manis Jessica Jung. Bertemakan “Minimalist” dan senang untuk dipakai oleh setiap wanita. Ia bukan sekadar memfokuskan kepada pakaian, malah jenama ini memperlihatkan sisi fashionista Jessica dalam pemilihan fesyen, aksesori dan kecantikan. Jessica juga membawa jenama beliau dan bergabung dengan jenama-jenama cermin mata dan kasut yang lain. Bagi yang ingin mengenali gaya Jessica lebih lanjut bolehlah ke laman Instagram rasmi mereka ya. Tidak silap penulis, jenama ini boleh di dapati di Zalora.

2. Peaceminusone

Jenama fesyen yang hanya dijual kepada ahli rasmi dan melalui laman sesawang sahaja. Terhad atau dengan kata lain, Limited Edition. Berkonsepkan pakaian jalanan yang mewah ini dihasilkan oleh G-Dragon dan pereka stail Gee Eun. Bayangkan sahaja gaya-gaya fesyen harian GD jenama ini boleh tahan mahalnya. Memiliki pelbagai rangkaian dari baju, topi dan aksesori. Topi berharga USD 172 dan baju Hoodie berharga USD 350 akan sentiasa sold out  di laman rasmi mereka. Bukan biasa-biasa ya.

3. Skull Hong

Berslogankan “as long as it’s fun” diasaskan oleh Hongki, vokalis F.T Island merupakan satu jenama unisex memperkenalkan barangan-barangan seperti t-shirt, gelang, botol minuman, beg dan baju panas. Barangan mereka dikenali dengan warna-warna terang dan corak tulisan tangan yang membawa makna dan ilustrasi. Berminat bolehlah menjenguk laman Instagram rasmi mereka ya.

4. Sugar Please

Jenama yang diminati oleh Sehun Exo, Cha Eun-woo dan Gfriend dilancarkan pada hari Valentine tahun ini oleh Namjoo dari kumpulan Apink. Mementingkan keselesaan, jenama ini mengetengahkan pelbagai gaya dari dress manis, gelang perak, Hoodies dan juga t-shirt. Bagi anda yang ingin mendapatkan inspirasi gaya harian mereka, boleh lihat di Instagram mereka.

5. We11 Done

Bukan typo ya, ejaannya memang begitu. Diasaskan oleh kakak G-Dragon iaitu Dami Kwon bersama-sama Jessica Jung pada tahun 2016. Jenama ini boleh dikatakan sebagai anak kepada butik tersohor di Gangnam iaitu Rare Market. Seperti namanya, jenama ini berkonsepkan pakaian yang “Rare and Well Done”. Pakaian-pakaian dari jenama ini sangat laku dan sering mendapat permintaan yang tinggi sehinggakan peminat perlu bersaing untuk mendapatkannya. Penulis merasakan harga setiap satu barangan sudah tentu agak tinggi.

Sumber: E Online

Komentar

comments

loading...