/“Spekulasi ‘2 Days & 1 Night’ akan bersiaran semula tak betul” – pihak produksi KBS

“Spekulasi ‘2 Days & 1 Night’ akan bersiaran semula tak betul” – pihak produksi KBS

Dari kiri: Cha Tae Hyun, Kim Jun Ho & Jung Joon Young.

KBS ‘2 Days & 1 Night’ diura-urakan akan diteruskan semula penerbitannya tapi nampaknya pihak produksi KBS telah menafikan spekulasi itu hari ini.

Spekulasi itu timbul selepas laporan media mengatakan  Bang Geullie, PD bertanggungjawab terhadap penghasilan ‘Superman is Back’ dikatakan akan mengarah rancangan realiti tv itu tak lama lagi dengan mendapatkan pelakon baru untuk digandingkan bersama Kim Jong Min dan Lee Yong Jin. Menurut portal OSEN, pihak produksi KBS mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan dibuat untuk meneruskan penerbitan semula KBS ‘2 Days & 1 Night’.

KBS ‘2 Days & 1 Night’ ditamatkan penyiarannya serta-merta kerana setelah bergelut dengan kecaman penonton gara-gara kontroversi melibatkan bekas pelakon-pelakonnya iaitu Jung Joon Young yang terbabit dalam rakaman video seks dibuat ke atas beberapa orang mangsa wanita tanpa kerelaan mereka selain kontroversi Cha Tae Hyun dan Kim Jun Ho didapati berjudi secara haram di Thailand.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.