/Popular kerana drama tvN Hotel Del Luna, Lee Tae Sun buka laman instagram sendiri buat tatapan peminat

Popular kerana drama tvN Hotel Del Luna, Lee Tae Sun buka laman instagram sendiri buat tatapan peminat

Bukan saja Lee Do Hyun, malah Lee Tae Sun juga tidak kurang hebatnya menerima tempias akibat populariti dikecapi menerusi drama tvN Hotel Del Luna yang sedang hangat ditayangkan sekarang.

Lee Tae Sun membuka laman instagram-nya sendiri mulai semalam dibuat demi peminatnya. Sebagai mukadimahnya, Lee Tae Sun menulis kapsyen berbunyi, “Saya sudah mulakannya sekarang, nantikan!”.

Di dalam drama tersebut, Lee Tae Sun membawa watak sebagai Yeon Woo, yakni seorang yang mempunyai kaitan dengan memori pahit yang dialami oleh Jang Man Wol (lakonan Lee Ji Eun, IU) pada masa silam. Yeon Woo dihidupkan semula sebagai Park Young Su, bekerja sebagai detektif polis yang cuba untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berlaku di kawasannya.

tvN Hotel Del Luna berkisarkan tentang kisah ‘ahgassi’ bernama Jang Man Wol, pemilik sebuah hotel ditubuhkan untuk membantu hantu berkeliaran sebelum menaiki ke alam seterusnya. Roh Jang Man Wol dikatakan dikurung mengikut ke mana saja hotelnya pergi sebagai pampasan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya pada masa silam. Selain IU, turut membintangi drama ini ialah Yeo Jin Goo yang menjadi pengurus hotel berkenaan.

Buat penonton di Malaysia, tvN Hotel Del Luna dapat ditonton setiap Selasa dan Rabu di tvN Asia Ch 395 & Unifi TV Ch 211 jam 9.45 malam.

Sumber: Instagram Lee Tae Sun

Komentar

comments

loading...