/Kali ini demi sebuah prinsip, Kim Jae Hwan mengundur diri daripada sertai ‘2019 K-Asian Festival’

Kali ini demi sebuah prinsip, Kim Jae Hwan mengundur diri daripada sertai ‘2019 K-Asian Festival’

Jika beberapa hari lepas Kim Jae Hwan tak dapat beraksi di pentas Malaysia kerana masalah pengurusan stadium sehingga membuatkan peminatnya patah hati, kali ini Kim Jae Hwan, bekas ahli Wanna One ini, mengambil keputusan sendiri pula untuk mengundur diri daripada membuat persembahan di ‘2019 K-Asian Festival’ (KFA) demi sebuah prinsip.

Jurucakap agensinya, Swing Entertainment dilaporkan berkata, “Kami akan bagitahu samada Kim Jae Hwan akan hadir atau tidak membuat persembahan di KFA. Kami telah bersetuju kehadiran Kim Jae Hwan dengan jaminan bahawa konsert itu percuma tanpa bayaran tiket masuk, tapi pada sekitar Ogos baru-baru ini, penganjur tampaknya telah melanggar kontrak dengan menjualkan tiket konsert. Maka, kami putuskan untuk tidak sertai KFA.”

Tambahnya lagi, “Kami berharap penganjur tidak membuat kesalahan lagi. Kami akan berbuat terbaik untuk memastikan perkara ini tak berulang lagi. Kami ucapkan terima kasih buat peminat yang tak kunjung-kunjung meminati Kim Jae Hwan selama ini.”

Selain Kim Jae Hwan, Mamamoo dan fromis_9 juga membatalkan kehadiran mereka dan disahkan oleh pihak penganjur. Sebagai tindakbalas terhadapnya, pihak penganjur akhirnya menyalahkan pengurusan mereka dan berjanji akan memulangkan balik bayaran tiket dikenakan ke atas pembeli tiket.

KFA akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 sehingga 25 Ogos 2019. Beberapa jenis persembahan termasuklah konsert sekeluarga, konsert hip hop dan konsert kpop dijadualkan untuk KFA yang bertempat di Stadium Utama Incheon Asiad, Korea Selatan itu.

Sumber: sport seoul , chosun ilbo

Komentar

comments

loading...