/Sudah boleh tidur nyenyak, BTS akhirnya diberi cuti rehat buat pertama kali sejak ‘debut’ pada tahun 2013

Sudah boleh tidur nyenyak, BTS akhirnya diberi cuti rehat buat pertama kali sejak ‘debut’ pada tahun 2013

Kumpulan kpop paling popular di seluruh dunia, BTS telah diberi cuti rehat oleh syarikat yang ‘menggaji’ mereka, Big Hit sekurang-kurangnya untuk dua bulan akan datang, berkuatkuasa pada hari ini, 12 Ogos 2019.

Big Hit membuat pengumuman itu di laman rasmi twitter agensi itu sebentar tadi dengan menamakan cuti rehat ini sebagai penghargaan kepada mereka setelah berpenat-lelah membina kerjaya nyanyian mereka sejak ‘debut’ pada tahun 2013. Aktiviti mereka yang terakhir ialah persembahan konsert di LOTTE DUTY FREE FAMILY yang berlangsung pada malam semalam.

“Tempoh cuti rehat ini adalah untuk mengembalikan semula tenaga mereka supaya mereka dapat bersiap bersedia dengan muzik yang lebih baharu selain untuk memastikan mereka dapat melayari hidup sebagai anak-anak muda dalam usia 20-an ini,” kata agensi itu.

“Setiap ahli BTS akan meluangkan masa mereka (samada dengan keluarga atau sendirian) dengan cara tersendiri. Maka, jika anda ternampak mereka sewaktu mereka sedang bercuti, saya memohon kerjasama peminat tidak mengganggu privasi mereka,” tambah lagi agensi itu mengingatkan peminat tidak terlalu keterlaluan jika terserempak dengan mana-mana ahli BTS.

Menurut perancangan ditetapkan oleh Big Hit, BTS dijangka akan mengadakan konsert jelajah di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh, Saudi Arabia julung-julung kalinya pada 11 Oktober 2019 nanti selepas tempoh bercuti mereka tamat sepenuhnya. Kemudian, mereka akan meneruskan konsert jelajah ‘Speak Yourself [The Final]’ di beberapa lokasi di Amerika Syarikat sekali lagi.

Sumber: twitter Big Hit

TAGS:

Komentar

comments

loading...