/Song YuVin akhirnya debut secara duo bersama rakan “Produce X 101” & MYTEEN, Kim Kookheon

Song YuVin akhirnya debut secara duo bersama rakan “Produce X 101” & MYTEEN, Kim Kookheon

 

Gagal melayakkan dirinya di antara 11 terbaik bukanlah penghalang buat Song Yuvin terus melupakan dunia muzik. Biarpun pernah menyatakan kekecewaannya, itu bukan bermakna perjuangannya tamat, bahkan ia membakar lagi semangatnya untuk terus maju ke depan. Terkini, dikhabarkan Song Yuvin bakal debut secara duo bersama Kim Kookheon yang juga merupakan peserta program “Produce X 101” dan ahli kumpulan MYTEEN.

Pada 8 Ogos, menurut satu sumber dari agensi Song Yuvin dan Kim Kookheon, Music Works mengesahkan, “Kedua-duanya telah bergabung bagi membentuk satu kumpulan duo, dan mereka secara rasminya telah memulakan persiapan untuk debut.”

Agensi itu menambah, “Mereka telahpun menyelesaikan proses rakaman, namun tarikh sebenar untuk debut belum tarikh disahkan lagi.”

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kedua-dua mereka akan mengadakan sesi bertemu peminat. Bagaimanapun, agensi Music Works belum lagi mengulas berkaitan perkara tersebut.

Kumpulan MYTEEN yang turut dianggotai oleh Song Yuvin dan Kim Kookheon

Baru-baru ini, Music Works telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rancangan masa depan mereka. Kedua-dua mereka memulakan kerjaya pada tahun 2017 sebagai ahli kumpulan MYTEEN. Semasa menyertai “Produce X 101,” Kim Kookheon telah menempatkan dirinya dalam kalangan Top 30, manakala Song Yu Vin berjaya sehingga ke peringkat akhir dan turut mengambil kedudukan tengah (center) dalam misu lagu terakhir “Boyness.” Song Yuvin dan Kim Kookheon  juga berjaya memikat peminat dengan vokal hebat mereka dan kemahiran tarian yang menyegarkan. Biarpun tidak berjaya debut bersama 11 finalis X1,  mereka tetap menerima sokongan daripada peminat yang tidak sabar untuk menantikan perkembangan baru mereka seterusnya.

Sumber : joynews | newsen | star.mk | spotvnews

 

Komentar

comments

loading...