/Kerana ‘sibuk’ sangat, Kang Daniel gagal hadir majlis ulang tahun Wanna One seperti yang dijanjikan

Kerana ‘sibuk’ sangat, Kang Daniel gagal hadir majlis ulang tahun Wanna One seperti yang dijanjikan

Agensi Konnect Entertainment tampil mempertahankan Kang Daniel berikutan celaan ke atas penyanyi itu oleh netizen kerana gagal menghadirkan diri ke majlis ulang tahun ‘Wanna One’ seperti yang dijanjikan.

Jurucakap agensi itu berkata, “Kang Daniel tak hadir semalam  kerana jadual perjumpaan bersama peminat yang telah ditetapkan dan dia tak boleh sewenang-wenangnya mengubah tarikh itu semata-mata untuk pertemuan itu.” Ia sekaligus mematikan spekulasi sesetengah peminat yang mengatakan bahawa Kang Daniel hanya hadir seketika ke majlis tersebut semalam.

Gambar pertemuan ulang tahun Wanna One yang kedua. Singkatan nama di atas merujuk pada nama ahli masing-masing.

Sebentar tadi, laporan mengesahkan kesemua bekas ahli Wanna One hadir ke majlis ulangtahun itu kecuali Yoon Ji Sung dan Kang Daniel. Bekas ahli-ahli yang hadir itu ialah Park Ji Hoon, Kim Jae Hwan, Bae Jin Young, Hwang Min Hyun, Lee Dae Hwi, Park Woo Jin, Ong Seong Wu, Ha Sung Woon serta Lai Kuan Lin yang dikatakan telah diterbangkan dari Taiwan. Yoon Ji Sung tak dapat hadir kerana sedang menjalani latihan khidmat negara.

Kang Daniel sedang sibuk mempromosikan album solo pertamanya, ‘Color on Me’ dan juga mengadakan beberapa perjumpaan bersama peminatnya selain juga terpaksa bergelut dengan berita gosip cintanya dengan Jihyo TWICE yang telah menyebabkan kekecewaan buat sebilangan peminatnya.

Sumber: sport seoul, news1

Komentar

comments

loading...