/Tiga drama baru serentak tayang, “Welcome 2 Life” catat permulaan yang baik

Tiga drama baru serentak tayang, “Welcome 2 Life” catat permulaan yang baik

Pada 5 Ogos (semalam) tiga drama baru dari tiga rangkaian berbeza telah memulakan tayangan perdana masing-masing. Antaranya MBC “Welcome 2 Life” , KBS2 “I Wanna Hear Your Song/Let Me Hear Your Song,” dan  SBS “Everything and Nothing / The Condition of 17 years old”

“Welcome 2 Life” lakonan Rain, Lim Ji Yeon dan Kwak Si Yang, telah merekodkan 4.5% dan 6.3% tontonan, sekaligus mendahului carta tayangan slot drama Isnin-Selasa untuk episode pertama. Sungguhpun begitu, ia tidak melepasi peratus tontonan episode terakhir drama MBC sebelumnya iaitu “Partners for Justice 2” yang mencatatkan 6.7% dan 9.9% tontonan.

Baca juga : Ini dia 3 sebab kenapa korang kena tonton drama “Welcome 2 Life”

KBS2 “I Wanna Hear Your Song,” lakonan Kim Sejeong (Gugudan) dan Yeon Woo Jin, catat  2.7 % and 3.3% tontonan, sekaligus berada dikedudukan ke-2 dibelakang “Welcome 2 Life”. Manakala  drama remaja SBS “Everything and Nothing” yang dibintangi oleh  Park Si Eun dan Yoon Chan Young merekodkan 2.9% dan 2.8% tontonan.

Drama kabel JTBC “Moments of 18,” lakonan Ong Seong Wu dan Kim Hyang Gi, catat 3.3% tontonan diseluruh Korea.

MBC “Welcome 2 Life” akan bersiaran untuk  episode pertamanya pada hari ini (6/8) di OhK! TV Asia Ch 394 pada jam 7.50 malam. Manakala KBS “I Wanna Hear Your Song” pula akan disiarkan menerusi KBSW Ch 391 dan Ch 392HD, juga hari ini pada jam 9.15 malam. Kedua-duanya akan mengisi slot drama Selasa-Rabu dirangkaian TV masing-masing.

Baca lagi : Ogos 2019 tampilkan 9 pilihan drama Korea terbaru untuk korang tonton!

Sumber : news.wowtv | tvdaily

Komentar

comments

loading...