/SEXY 4EVA World Tour bawa Raja K-Hip Hop Jay Park kembali ke Kuala Lumpur

SEXY 4EVA World Tour bawa Raja K-Hip Hop Jay Park kembali ke Kuala Lumpur

 

Berita baik kepada peminat Hip Hop. Pastinya ramai yang ternanti-nantikan kehadiran King of K-Hip Hop ini memandangkan kehadiran beliau untuk suatu program pada penghujung tahun lepas tidak dapat direalisasikan.

 

Multi-platinum, penyanyi hip-hop Korea-Amerika, dan telah mencetuskan sensasi di seluruh dunia, Jay Park  akan kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia sempena siri jelajahnya 2019 “SEXY4EVA” World Tour. Jay Park sebelum ini pernah berkoloborasi dengan penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna yang kini melebarkan sayapnya ke Amerika Syarikat dengan lagu berjudul “Does She”. Selain itu, King of K-Hip Hop ini juga pernah berkoloborasi bersama rapper Malaysia Joe Flizzow dengan lagu berjudul “Twisted Dream’s” dan dimuatkan dalam album baru Jay Park “All The Way Up”.

Jay Park merupakan penulis lagu, record producer, penari, choreographer, usahawan dan pelakon, beliau juga merupakan artis naungan Roc Nation iaitu sebuah syarikat hiburan milik penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Jay- Z. Juri rancangan Asia’s Got Talent ini juga merupakan pengasas dan CEO kepada sebuah independent hip hop record labels AOMG dan baru melancarkan EP terbarunya berjudul “Nothing Matters” pada awal Julai lepas.

Konsert berkala penuh kali ini pasti akan memanaskan suasana dengan irama hip-hop yang berkumandang, vokal Jay Park yang mantap serta melodi vokal R&B nya yang menyentuh jiwa dan menampilkan tarian yang penuh bertenaga dan juga seksi.

 

2019 “SEXY4EVA” World Tour yang diangjurkan oleh Onion Production ini akan berlangsung pada 27 September depan bertempat di KL Live bermula jam 8 malam. Tiket-tiket berharga RM 290 (general standing), RM 370 (early entry standing), RM 705 (VIP + exclusive Meet & Greet / Photo event ) dan telah mula dijual pada 2 Ogos. Peminat boleh mendapatkan tiket Jay Park 2019 World Tour SEXY 4EVA in Kuala Lumpur di eventix.io/jayparkkl

Buat peminat Jay Park, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh dapatkannya menerusi laman FB Onion Production.

Jom saksikan video pendek Jay Park berkaitan 2019 “SEXY4EVA” World Tour di Seoul

TAGS:

Komentar

comments

loading...