/Larangan bercinta ke atas TWICE dikendurkan JYP demi merestui hubungan Kang Daniel & Jihyo!

Larangan bercinta ke atas TWICE dikendurkan JYP demi merestui hubungan Kang Daniel & Jihyo!

Jihyo menjadi ahli kumpulan pertama TWICE yang diumumkan oleh pihak JYP sendiri sedang bercinta secara terbuka.

Mengenangkan JYP menetapkan artis-artis jagaan mereka tidak dibenarkan bercinta dalam tempoh tiga tahun selepas ‘debut’ mereka, TWICE sememangnya sudah boleh melepaskan diri mereka daripada cengkaman larangan tersebut selepas tempoh tiga tahun itu berakhir. Buktinya, sebaik saja dibenarkan ‘dating’, Jihyo yang merupakan ketua kumpulan kpop itu, tidak berasa janggal untuk menemui sesiapa saja teman lelaki, termasuklah Kang Daniel di suatu lokasi dinamakan sebagai UN Village yang terletak di Hannam-dong, di mana pelakon Song Hye Kyo  dan Kim Tae Hee menetap sekarang, sejak tujuh bulan yang lalu. JYP pula tanpa berselindung mengesahkan mereka sememangnya sedang dilamun cinta.

Dalam satu temubual bersama Park Jin Young dan kumpulan TWICE pada tahun 2015 lalu, Park Jin Young pernah menanyakan Jihyo samada tempoh larangan bercinta selama tiga tahun itu adalah terlalu berat untuk ditangani oleh mereka. Jihyo tanpa berselindung berkata, “Kami boleh dilarang sehingga 5 tahun.” Park Jin Young yang terkedu dan kemudiannya secara berseloroh menjawab, “Selepas tempoh larangan tiga tahun, kalau kau ada teman lelaki, kau kena belanja aku.” Nampaknya, Jihyo kena mengotakan janjinya dengan CEO JYP ini dengan membelanjakannya nasi.

Kang Daniel dan Jihyo dilihat berjumpa sesama sendiri.

Sementara itu, sebaik saja tercetusnya berita percintaan kedua-dua idola kpop yang diminati ini, wartawan mula berkampung di UN Village. Menurut penduduk yang tinggal di sekitar UN Village, mereka tahu Kang Daniel pernah menetap di situ. “Ramai tahu Kang Daniel tinggal di sini, malah botol-botol arak pun telah ditemui beberapa kali.” Jiran yang lain dilaporkan berkata, “Jihyo seringkali memakai mekap dan tak mengenakan penutup muka, dan pasangan itu selalu dilihat menaiki teksi di depan vila.” Vila mahal yang berharga dalam lingkungan 25-40 billion won (~RM0.137juta) serta dilengkapi dengan kawalan ketat keselamatan ini juga tidak terlepas daripada menjadi bahan gosip paparazzi dan netizen yang tinggal di sekitarnya.

Sumber: chosun ilbo , enewstoday , mhns

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.