/Terkenal dengan aktiviti makanan, Yoon Doojoon dipilih mengacarakan program masakan versi tentera

Terkenal dengan aktiviti makanan, Yoon Doojoon dipilih mengacarakan program masakan versi tentera

Sudah agak lama tidak mendengar khabar ketua kumpulan Highlight, Yoon Doojoon ini. Terbaru Doojoon akan menghoskan satu rancangan versi tentera dan pastinya ia akan mengubat rindu para peminat beliau.

Pada 2 Ogos, Angkatan Tentera Korea relah menyiarkan episode pembukaan ‘Top Chef Army’ iaitu sebuah rancangan makanan yang dikhususkan kepada tentera. Apa yang menarik, Yoon Doojoon yang kini sedang menjalani khidmat tentera telah dipilih untuk mengacarakan program tersebut disamping pelawak Kang Min Kyung.

Istimewanya rancangan ‘Top Chef Army’ ini, ianya bertujuan untuk berkongsi resipi yang sihat serta lazat dan dapat dinikmati oleh para tentera semasa mereka berkhidmat  agar dapat melaksanakan tugas demi negara dengan penuh bertenaga. Selain itu, rancangan ini turut menguji kepakaran memasak para tentera yang menyertainya.

Pemilihan Yoon Doojoon yang memang terkenal dalam aktiviti berkaitan makanan adalah suatu tindakan yang tepat. Antara program berteraskan makanan yang pernah Doojoon terlibat adalah menerajui tiga musim drama tvN “Let’s Eat”, “Let’s Eat with Friends” dan “Mr. Baek: The Homemade Food Master 3”.

Doojoon juga sempat mengemaskini akaun peribadi Instagram nya disamping mempromosikan rancangan tersebut. Dengan berkongsi foto yang diambil dari rancangan itu, Doojoon juga menulis seperti berikut:

Adakah anda dalam keadaan yang sihat semasa musim panas ini? Saya akan tampil dengan sebuah rancangan yang diterbitkan oleh pihak tentera. Saya rasa agak gugup kerana dah lama tidak terlibat dalam rancangan seumpama ini. Sila berikan sokongan anda terhadap rancangan “Top Chef Army” dan jaga kesihatan sepanjang musim panas ini

Yoon Doojoon telah mendaftar masuk untuk menjalani khidmat ketenteraan pada Julai lalu, dan sepanjang berkhidmat beliau telah menunjukkan prestasi serta tingkah laku yang cemerlang . Oleh yang demikian, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam tempoh yang singkat.

“Top Chef Army” akan bersiaran untuk tiga episode menerusi medium laman web rasmi, Facebook dan aplikasi Kakao Angkatan Tentera Korea atau Republic of Korea Army pada setiap minggu.

Jom tonton episode pertama “Top Chef Army”Sempena penyiaran episode pertama “Top Chef Army”

Sumber : heraldcorp

Komentar

comments

loading...