/Mungkinkah KBS ikut jejak SBS dan MBC untuk hentikan slot drama Isnin-Selasa?

Mungkinkah KBS ikut jejak SBS dan MBC untuk hentikan slot drama Isnin-Selasa?

Terdahulu dilaporkan KBS tidak jadi menayangkan drama “Tale of Nokdu” kerana  dikatakan ‘takut’ bersaing dengan produksi lain. Namun, selepas itu dikhabarkan pula KBS bakal menghentikan slot drama Isnin-Selasa mereka buat sementara waktu.

KBS yang berdepan dengan defisit besar tahun ini sedang berkira-kira untuk membuat perubahan dari segi penayangan drama distesen tv tersebut sebagai langkah penjimatan.

Pada 2 Ogos, sumber dari KBS memberitahu OSEN, “Kami sedang meneliti dari segala aspek sama ada untuk menghentikan tayangan drama untuk slot Isnin-Selasa buat sementara waktu.”

Berdasarkan satu laporan pada awal 2 Ogos, KBS tidak lagi akan menyiarkan drama bagi slot Isnin-Selasa mulai  Disember 2019 hingga Februari 2020. Ini bermakna drama “Tale of Nok-Du,” yang dibintangi oleh Kim So Hyun dan Jang Dong Yoon yang bakal bersiaran pada bulan September depan akan menjadi drama terakhir yang mengisi slot tersebut sebelum menjelang tahun 2020.

Buat masa ini, drama baru yang bakal mengisi slot Isnin-Selasa adalah “I Wanna Hear Your Song”  bagi menggantikan drama “Perfume.”

Dua lagi rakan utama penyiaran awam, MBC dan SBS, telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara slot drama Isnin-Selasa. MBC tidak lagi akan menyiarkan drama TV pada hari Isnin dan Selasa selepas berakhirnya “Welcome 2 Life” lakonan Rain, Lim Ji Yeon dan Kwak Si Yang yang mana tayangan perdananya dijadualkan pada 5 Ogos ini. SBS pula telah menghentikan siaran drama Isnin-Selasa selepas berakhirnya “The Secret Life of My Secretary” pada bulan Jun lepas, dan memilih untuk menyiarkan variety show bagi mengisi slot tersebut.

Sumber : OSEN

Komentar

comments

loading...