/Lee Yeon Hee dan Taecyeon 2PM sah bersatu semula untuk drama “The Game”

Lee Yeon Hee dan Taecyeon 2PM sah bersatu semula untuk drama “The Game”

Awal Julai lepas, Taecyeon menyatakan persetujuan untuk membintangi drama baru MBC “The Game”. Ini merupakan projek drama terbaru Taecyeon selepas menamatkan khidmat tentera Terbaru, Lee Yeon Hee dipilih sebagai gandingan Taecyeon dalam drama tersebut.

Pada 2 Ogos (Jumaat), wakil daripada rangkai MBC melaporkan, ” Lee Yeon Hee telah dipilih sebagai heroin untuk drama MBC ‘The Game’, yang mana dijadualkan untuk siaran tahun hadapan.”

Menjawab kenyataan tersebut, agensi Lee Yeon Hee, SM Entertainment mengesahkannya, “Ya, memang benar Lee Yeon Hee akan membawakan watak Joon Young dalam drama ‘The Game’”.

“The Game” merupakan sebuah drama bertemakan misteri melodrama menceritakan tentang seorang individu yang boleh melihat kematian dan seorang detektif yang kini dalam proses menyiasat kematian misteri serta bagaimana kedua mereka akan bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran.

Taecyeon 2PM sebelum ini telah disahkan memegang watak utama Kim Tae Pyung, seorang lelaki yang memiliki keistimewaan serta kebolehan untuk melihat kematian orang lain.

Lee Yeon Hee pula akan membawakan watak Seo Joon Young, seorang detektif polis yang bertugas di balai polis Yongsan. Joon Young  digambarkan seorang yang penyabar, berwawasan, dan penuh kesopanan. Sungguhpun begitu, beliau tetap mempamerkan karismanya dengan penuh keyakinan sebagai seorang detektif semasa menjalankan tugas.

“The Game” merupakan gandingan kedua Ok Taecyeon dan Lee Yeon Hee selepas bekerjasama dalam filem “Marriage Blue” pada tahun 2013.

Drama ini akan diarahkan oleh  PD Jang Jun Ho (Time, Begin Again) dan skripnya dihasilkan oleh penulis Lee Ji Hyo  (King of Dramas). “The Game” ini bakal bersiaran  selepas drama “People With Flaws” berakhir pada Januari 2020 depan.

Nanti gandingan Taecyeon 2PM dan Lee Yeon Hee yang akan menerajui drama “The Game” ini. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan drama terbaru Taecyeon selepas bercuti seketika akibat tuntutan kewajipan terhadap negara.

Sumber : Newsenisplus

Komentar

comments

loading...