/Jung Kyung Ho bakal sertai tvN Doctor Playbook di samping Jo Jung Suk & Yoo Yeon Seok

Jung Kyung Ho bakal sertai tvN Doctor Playbook di samping Jo Jung Suk & Yoo Yeon Seok

Pemilihan pelakon untuk drama terbaru arahan Best Director 7th CARI Kdrama Awards, Shin Won Ho ini nampaknya sudah menuju ke peringkat akhir. Setelah Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, dan Kim Dae Myung direkruit, kali ini giliran Jung Kyung Ho pula mempertimbangkan tawaran yang diberikan kepadanya ini. Jung Kyung Ho kini sedang membintangi drama suspens,  “When The Devil Calls Your Name”.

Jung Kyung Ho dan Yoo Yeon Seok dijangka akan melakonkan watak utama doktor yang sama-sama berganding bahu dengan watak lakonan Jo Jung Suk nanti di dalam siri yang sama. tvN Doctor Playbook ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara itu kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara di mana Jung Kyung Ho memegang watak sebagai warden penjara, menjadikan gandingan ke-2 Jung Kyung Ho bersama sutradara Shin Won Ho. Lebih menarik lagi, Shin Won Ho juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.

tvN Doctor Playbook akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit di wad kecemasan. Drama ini tak memfokuskan kepada situasi politik hospital atau cerita kebiasaan yang berlaku kepada seorang yang bergelar doktor. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Doctor Playbook” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal. Menyusul selepas “Doctor Playbook”, Shin Won Ho juga sedang mengadakan uji bakat untuk projek arahan keduanya yang belum diberikan tajuk berkaitan dengan pemain badminton.

Jika tiada aral yang melintang, tvN Doctor Playbook bakal dipertontonkan menjelang Disember 2019 ini

Sumber : IS Plus, donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.