/Lee Jong Suk dan Kwon Nara, benarkah bercinta atau sekadar pelaris berita ciptaan Geng bawang?

Lee Jong Suk dan Kwon Nara, benarkah bercinta atau sekadar pelaris berita ciptaan Geng bawang?

Lee Jong Suk dikhabarkan sedang bermadu asmara dengan Kwon Nara (bekas ahli kumpulan Hello Venus). Berita ini kini tular dimedia-media sosial dan portal atas talian.

Menurut laporan eksklusif Newsis pada awal pagi 1 Ogos, Lee Jong Suk dan Kwon Nara kini sedang bercinta. Keduanya mula bertemu ketika Kwon Nara masih lagi berada dalam kumpulan Hello Venus. Dikhabarkan Lee Jong Suk telah menghubungi Kwon Nara sendiri dan membantunya untuk menandatangani di bawah agensi Lee Jong Suk sendiri, A-MAN Project.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam berita ini dikeluarkan, wakil dari agensi A-MAN Project menafikan laporan percintaan antara Lee Jong Suk dan Kwon Nara tersebut. Sumber itu berkata, “Apayang dikeluarkan hari ini adalah satu laporan berita palsu. Hubungan mereka berdua hanya seperti seorang junior dan senior sahaja.”

Menyingkap kembali laporan eksklusif Newsis, sumber dalaman memberitahu, ” CEO A-MAN Project adalah Lee Jong Suk. Beliau yang menguruskan kesemua jadual aktiviti Kwon Nara. Selepas kontrak Kwon Nara tamat bersama Fantagio dan Hello Venus dibubarkan, Lee Jong Suk banyak memberikan fokusnya kepada karier Kwon Nara.

Menurut pendedahan eksklusif Newsis juga, Kwon Nara sering kelihatan di cafe milik Lee Jong Suk 89 Mansion di Shinsadong. Luarannya Kwon Nara menepati wanita idaman Lee Jong Suk. Dengan ketinggian yang dimilikinya, rupa yang menawan sehingga digelar ‘Bundang Lee Na Young’. Lee Jong Suk merupakan peminat No.1 Lee Na Young, dan ‘Romance is A Bonus Book’ adalah drama gandingan mereka berdua yang bersiaran di tvN awal tahun 2019. Walaupun kini Lee Jong Suk sedang menjalani khidmat ketenteraan, Lee Jong Suk dan Kwon Nara sering bertemu kerana si Kwon Nara sering mengunjunginya.

Sumber lain juga menyatakan, Lee Jong Suk tertarik dengan Kwon Nara pada mulanya dan sejak itu Kwon Nara dikenali sebagai ‘gadis Lee Jong Suk’ dan sering menerima hadiah daripadanya.

Kwon Nara mula menyertai agensi Lee Jong Suk pada Jun lepas selepas Hello Venus dibubarkan dan kontrak bersama Fantagio tamat. Manakala Lee Jong Suk pula, telah menjalani khidmat ketenteraan sejak Mac lepas sebagai pekerja khidmat awam.

Komentar

comments

loading...