/Gong Hyo Jin menjadi rebutan Kang Ha Neul, Kim Ji Suk & Lee Sang Yi di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Gong Hyo Jin menjadi rebutan Kang Ha Neul, Kim Ji Suk & Lee Sang Yi di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Pemilihan pelakon untuk drama KBS When Camellia Flower Blooms semakin mendapat perhatian meluas tentang siapakah jejaka yang bakal menyunting hati si gadis bunga Camelia.

Setelah Gong Hyo Jin, Kim Ji Suk dan Kang Ha Neul telah bersetuju untuk membintangi drama ini, kali ini giliran Lee Sang Yi pula mengisi watak lelaki nombor tiga. KBS When Camellia Flower Blooms yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki. Manakala, Kang Ha Neul pula akan memangku jawatan polis yang ditempatkan di kawasan kejiranan kecil di dalam drama ini, seorang yang agak jujur, setia, bertimbang rasa tapi tak begitu sesuai untuk dijadikan teman lelaki. Berdasarkan penampilan ini, Kang Ha Neul mungkin memenuhi kriteria lelaki nombor satu (1).

Kim Ji Suk pula akan memegang watak pemain bola besbol yang terkenal bernama Kang Jong Ryeol dan terpalit dengan skandal bersama selebriti media sosial, Jessica (lakonan Ji E Suu). Perwatakan Kang Jong Ryeol di luar lensa kamera adalah lain daripada apa yang digambarkan di dalam kaca tv. Beliau mungkin memenuhi kriteria lelaki no.2. Dan terakhir sekali, lelaki nombor tiga mungkin bakal dilakonkan oleh Lee Sang Yi sebagai bekas pemain besbol, Yang Seung Yeop. Sejak berhenti bermain besbol sepenuh masa, Yang Seung Yeop berkhidmat sebagai jurulatih sukan besbol di sekolah rendah.

Selain keempat-empat mereka, turut menyertai drama ini termasuklah Go Du Shim manakala Oh Jung Se dan Yum Hye Ran pula berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai kerenah mereka tersendiri di kejiranan tersebut.

PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too? akan mengarahkan drama ini dan bekerjasama dengan penulis skrip Im Sang Choon (“KBS Fight My Way”) untuk tayangan slot drama KBS pada September 2019 nanti.

Sumber: hankookilbo, IS Plus

Komentar

comments

loading...