/Kerana merindui sang ayah, Kim Samuel ucapkan ‘selamat hari jadi’ dengan paparan foto di sebelah kerandanya

Kerana merindui sang ayah, Kim Samuel ucapkan ‘selamat hari jadi’ dengan paparan foto di sebelah kerandanya

Setelah hampir dua minggu mendiamkan diri, Kim Samuel hari ini membuat satu kapsyen ringkas menyatakan kerinduannya terhadap ayah tercinta di laman sosialnya sambil mengucapkan ‘selamat hari jadi’.

“Selamat hari jadi ayah. Sentiasa di hatiku. Kaulah lagenda buat diriku, dan aku berharap menjadi seperti kau suatu hari nanti.  Aku sangat rindui kau. Aku sayang pada kau, ayah,” luah Kim Sameul sambil memuatnaik gambar foto kenangan bersama dengan mendiang.

Ayah kepada Kim Samuel telah ditemui terbunuh di rumah persinggahan miliknya pada pagi hari Selasa, 16 Julai 2019  di Cabo San Lucas, Mexico. Laporan menunjukkan mendiang telah dipukul sehingga mati dengan kesan pisau tertikam di belakangnya. Walaupun mereka jarang bertemu sejak Kim Samuel berkecimpung dengan karier nyanyian, Kim Samuel tak pernah sesekali mengabaikan mendiang.

Sumber: instagram Kim Samuel

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.