/K-Performance Show 2019 Anjuran Korea Tourism Organization Malaysia, Penuh Bertenaga dan Menghiburkan!!

K-Performance Show 2019 Anjuran Korea Tourism Organization Malaysia, Penuh Bertenaga dan Menghiburkan!!

Apabila kita bicarakan mengenai hiburan dari Korea Selatan, kita secara langsung akan terfikirkan sama ada Kdrama, Kpop atau filem-filem dari Korea. Kali ini, Korea Tourism Organization Malaysia, dengan bermurah hatinya membawa beberapa persembahan terkenal dari Korea Selatan untuk diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Persembahan-persembahan secara langsung yang bertenaga dan mudah di fahami, boleh dikatakan setiap penonton yang hadir telah jatuh cinta pandang pertama terhadap bakat-bakat yang dipersembahkan.

Persembahan yang begitu wow sekali ini, bukan calang-calangnya, dan kita amat bertuah kerana dapat menonton secara langsung dan percuma selama dua hari berturut-turut. KTO membawa tiga kumpulan khas iaitu Jump, The Painters Hero dan Let’s Dance Crazy Sachoom di samping DJ Roots, artis Kpop Leo dari Vixx dan juga Tbirds. Kesemua mereka memberikan persembahan yang terbaik dan bertenaga, membuatkan para penonton teruja dan sebagai salah seorang dari penonton yang hadir, penulis amat terpukau dengan hampir kesemua bakat-bakat yang dipersembahkan. Penulis yakin, para penghibur ini telah menempatkan diri mereka di tempat yang begitu istimewa di hati penonton Malaysia.

ViXX LEO

Selain menghadiri sesi sidang media yang di sediakan, penulis turut berpeluang untuk menonton persembahan K-Performance ini pada hari Sabtu, seisi petang. Persembahan pembukaan oleh Leo dari Vixx. Jejaka pemalu penuh sopan, sesekali tersenyum tersipu apabila di usik peminat. Namun apabila beliau membuka suara, wahh… begitu bersahaja beliau menyanyikan nota-nota tinggi. Barulah penulis memahamu mengapa Leo sering terpilih untuk melakonkan teater muzikal. Bukan sekadar artis Kpop ya. Menyanyikan tiga buah lagu dari teater muzikal beliau yang bertajuk Mata Hari. Leo juga turut mendendangkan lagu dari single beliau sebagai penutup persembahan beliau. Tahniah penulis mengucapkan kepada 10 penonton yang memenangi cakera padat album Leo yang telah di tanda tangani oleh beliau.

JUMP

Slot kedua, penonton dihiburkan oleh kumpulan persembahan komikal bukan lisan seni mempertahankan diri ataupun Nonverbal Comical Martial Arts Story. Genre yang begitu unik bagi penulis. Lawak-lawak Slapsticks  yang tidak terlalu melampau. Amat menggelikan hati penonton. Bagi yang tidak tahu, Slapsticks itu membawa maksud persembahan pentas yang mengutamakan aksi fizikal atau gerak-geri pelakon secara berlebih-lebihan untuk membuatkan penonton ketawa.

Kumpulan Jump ini menggambarkan kehidupan satu keluarga yang terdiri daripada datuk, ayah, ibu, pak cik yang nakal, anak perempuan dan anak lelaki. Sketsa mereka mengenai kehidupan seharian mereka yang mana di suruh oleh datuk untuk berlatih. Walaupun dilabelkan sebagai persembahan nonverbal, penulis begitu terhibur dan pada masa yang sama, kagum dengan usaha kumpulan ini untuk menggunakan ayat-ayat dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Cina untuk berhubung dengan penonton. Menjemput dua penonton untuk bersama-sama melakonkan sketsa juga menghiburkan. Penulis begitu seronok melihat penonton yang dijemput naik juga begitu sporting.

THE PAINTERS

Persembahan seterusnya, juga amat unik sekali. Menggabungkan bakat melukis dan menari secara berkumpulan. Kumpulan yang dinamakan sebagai The Painters Hero, empat orang ini melukis secara langsung tanpa sebarang cacat cela, menghasilkan satu kesempurnaan. Mereka mempersembahkan tiga buah lukisan iaitu, lukisan cat mendiang Michael Jackson, lukisan Glow In The Dark pemandangan malam Korea berlatar belakangkan Istana Gyeongbokgung dan pahlawan-pahlawan Korea dengan menggunakan arang. Begitu menakjubkan. Bukan sahaja penulis, malah setiap hadirin yang menonton amat terpesona dengan bakat yang diperlihatkan oleh mereka. Mereka melukis dan pada masa yang sama melakukan tarian mengikut koreografi yang menarik. Penulis turut terlintas adakah semua masyarakat Korea Selatan boleh menari, begitu hebat kumpulan ini.

SACHOOM X EDM & DJ ROOTS

Persembahan seterusnya adalah dari kumpulan tarian Let’s Dance Crazy!! Sachoom. Kumpulan 8 penari yang diketuai oleh Mr. Lee begitu bertenaga benar-benar menggamatkan suasana  dewan Plenary KLCC Convention Centre. Begitu meriah dan ceria. Mr Lee juga mengambil masa untuk menjemput penonton untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka yang amat lucu. Masing-masing amat berbakat besar dan sentiasa beramah mesra dengan penonton. Mereka juga begitu bersemangat ke sana ke mari untuk memastikan mereka dapat bertemu dengan setiap hadirin yang hadir. Kemunculan DJ Roots mewakili pesta EDM yang bakal berlangsung, turut memanaskan lagi dewan dengan alunan-alunan muzik rancak yang menggegarkan dewan Plenary itu.

Penonton kelihatan begitu puas hati dengan persembahan yang disediakan, bersorak lebih kuat apabila DJ Roots memainkan lagu-lagu Kpop popular di samping kumpulan ini menari mengikut koreografi asal. Di antara yang menjadi sorakan kuat penonton adalah lagu ‘Fire’ dan ‘Idol’ oleh BTS, ‘Ddu Ddu Ddu’ oleh Blackpink, ‘Dalla Dalla’ oleh Itzy, ‘New Face’ oleh PSY dan macam-macam lagi. Mereka juga dengan gembira melakukan encore apabila di minta oleh penonton. Penulis boleh mengatakan ramai yang betul-betul menahan diri untuk menari bersamakan. Benar-benar happening. Sekali lagi tahniah kepada Korean Tourism Organization kerana berjaya membawa mereka ke Malaysia. Pasti mereka akan mendapat lebih banyak sambutan dari rakyat Malaysia pada masa akan datang.

View this post on Instagram

Kemeriahan show terakhir K-performance 2019

A post shared by KMania (@kmania.my) on

 

Di sebabkan oleh penulis hanya menghadirkan diri di sidang media dan persembahan hari Sabtu, penulis tidak berpeluang untuk melihat sendiri persembahan dari kumpulan Tbirds. Namun, melihat kepada video-video yang dikongsikan di media-media sosial, tidak kurang hebat mereka ini. Memperjuangkan bakat suara muzikal adalah satu cabang seni berkumpulan yang lain dari genre kebiasaan Kpop. Penulis tidak terperanjat sekiranya mereka pulang dengan fandom tersendiri dari Malaysia ya. Hebat sekali.

Akhir kata dari penulis, apakah kenangan manis anda yang telah menonton persembahan ini? Penulis masih lagi tersenyum seorang diri apabila terkenangkan memori indah menonton persembahan mereka. Jangan lupa kongsikan dengan Kmania ya…. Jangan lupa jenguk ke akaun Facebook dan Instagram Kmania untuk video-video berkualiti tinggi ya..  Terima Kasih KTO, Kami sayang anda.

Komentar

comments

loading...