/Daesung Big Bang bakal berhadapan hukuman penjara 7 tahun jika didapati bersalah, menurut seorang peguam

Daesung Big Bang bakal berhadapan hukuman penjara 7 tahun jika didapati bersalah, menurut seorang peguam

Isu penggunaan premis bangunan yang dimiliki oleh Daesung BigBang sebagai sarang pelacuran menimbulkan perdebatan dalam kalangan penggiat undang-undang. Walaupun Daesung akui bahawa dia terlepas pandang dan meminta tindakan undang-undang terhadap penyewa bangunan, namun peguam ini berpendapat Daesung mungkin tak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang juga yang membawa kepada hukuman penjara.

Menurut satu bual bicara disiarkan dikendalikan oleh SBS “Access Showbiz Tonight”, pakar jurujual hartanah ini menyanggah kenyataan Daesung dan dilaporkan berkata, “Adalah menjadi kelaziman menyewakan bilik atau ruang demi memperolehi keuntungan yang lumayan. Kamu tidak akan tandatangani kontrak berharga 30 billion won (~RM 104.8 juta) tanpa melihat dulu apa yang berlaku dalam setiap ceruk bangunan.”

Seorang peguam ini pula berpendapat, “Sekiranya pendakwaraya membawa kes itu di mahkamah setelah mendapati urusan jual beli itu berlaku, pemilik bangunan boleh dikenakan hukuman penjara 7 tahun atau denda sejumlah 70 juta won (~RM0.244 juta) jika didapati bersalah. Itu sebabnya penting untuk ketahui samada Daesung sedar ke tak akan kewujudan aktiviti berkenaan di dalam premisnya.”

Sebelum ini, Channel A melaporkan bangunan milik Daesung itu disyaki pernah dijadikan sarang pelacuran dan juga pernah berlakunya urusan jual beli dadah secara haram, berdasarkan siasatan mereka terhadap premis bangunan itu menerusi saksi-saksi yang ditemubual  Setakat ini, seorang saksi mendakwa Daesung mengetahui kegiatan haram itu berlangsung di bangunan itu sebelum berpindah tangan kepada miliknya dan membiarkannya saja tanpa membuat apa-apa tindakan. Polis pula sedang menyiasat kemungkinan tersebut.

Daesung kini sedang menjalani latihan ketenteraan.

Sumber: chosun ilbo, naver

Komentar

comments

loading...