/Ada apa antara adik-beradik popular ini, Chaeryeong Itzy dan Chaeyeon Iz*one?

Ada apa antara adik-beradik popular ini, Chaeryeong Itzy dan Chaeyeon Iz*one?

Lee Chaeyeon, Lee Chaeryeong

 

Chaeryeong Itzy memberitahu bagaimana dia dan kakaknya Chaeyeon Iz*one  menyokong kerjaya seni masing-masing.

Chaeryeong telah pun ditanya oleh wartawan  mengenai hubungannnya dengan Chaeyeon ketika pelancaran lagu baru Itzy semalam. Chaeryeong mengatakan  dia tumpang gembira melihat Chayeon bersama Iz*one. “Kami tidak lihat ini sebagai persaingan , malahan saya anggap kami adalah senior dan junior dalam industri seni serta adik beradik yang saling menyokong sesama lain.”

Dia juga berkongsi oleh mereka tidak dapat selalu berjumpa namun mereka sentiasa berhubung melalui telefon untuk saling memberi kata-kata sokongan.” Saya berharap dia sentiasa kuat , tabah dah  yakin dengan diri sendiri.”

Itzy telah pun mengeluarkan lagu baru mereka berjudul “Icy”  semalam.  Kedua- dua beradik Lee ini telah pun mula melibatkan diri dalam industri seni sejak dari kecil lagi. Kalau sesiapa pernah ingat, mereka berdua pernah muncul di dalam rancangan Kpop Star namun tidak terpilih sebagai finalist. Namun Kpop Star membuka peluang mereka menjadi pelatih di JYP. Kedua- dua mereka bersaing kembali di dalam rancangan “Sixteen” bersama-sama ahli ahli Twice sekarang dan juga Somi. Namum kedua-dua tewas dengan Chaeyeon meninggalkan JYP selepas itu. Chaeyeon kini dengan WM Entertainment dan berjaya menjadi ahli ke 12 dalam rancangan Produce 48 sebagai ahli  Iz*one. Chaeryeong kemudian berjaya debut sebagai ahli Itzy di JYP.

Kedua – dua mereka patut jadi inspirasi anak muda sekarang yang tidak mengalah demi impian mereka.

Saksikan video Chaeyeon dan Chaeryeong ketika remaja yang menarik perhatian penonton dengan tarian mereka yang hebat! Mereka telah pun menari di hadapan penerbit dan pemilik saham terbesar JYP,  penyanyi dan penerbit Park Jinyoung.

Bonus : Jung Se Woon juga ada dalam klip ini. Jung SeWoon juga adalah peserta Produce 101 dan mendapat tempat ke 12 namun ketika itu ahli WannaOne yang diperlukan hanyalah 11 orang.

Sumber : Naver (donga)

Artikel berkaitan : https://kmania.info/2019/07/29/bandar-los-angeles-bergegar-dengan-goyangan-dahsyat-itzy-menerusi-mv-terbaru-icy/

Komentar

comments

loading...