/Kenali HALESTORM yang diterajui oleh wanita dan peluang saksikan persembahan mereka Disember depan di Kuala Lumpur!

Kenali HALESTORM yang diterajui oleh wanita dan peluang saksikan persembahan mereka Disember depan di Kuala Lumpur!

Halestorm adalah bandrock Amerika kelahiran Red Lion, Pennsylvania, yang terdiri daripada vokalis utama dan gitaris Lzzy Hale, adiknya pemain dram dan percussion Arejay Hale,gitaris Joe Hottinger, dan pemain bass Josh Smith

Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, Halestorm telah menjelajah bersama pelbagai artis, termasuk Eric Church, Joan Jett, Avenged Sevenfold, Alice Cooper, Rob Zombie, ZZ Top danEvanescence. Mereka telah membuat sekitar 2,500 persembahan diseluruh dunia setakat ini, dan bermain difestival seperti Taste of Chaos, Download Festival, Rock Am Ring Festival dan Rockstar Energy Drink Uproar Festival.

Lzzy Hale (Vokalis dan gitaris)
Arejay Hale (drummer and percussionist )
Joe Hottinger (Gitaris)
Josh Smith ( Pemain Bass)

Baru-baru ini, band tersebut berjaya memenangi Persembahan Rock Terbaik di Anugerah Grammy 2019 bagi lagu, ‘Uncomfortable’, yang merupakan kemenangan kedua mereka selepas kemenangan Persembahan Hard Rock / Metal Terbaik di Anugerah Grammy 2013.

Loudwire menamakan Lzzy sebagai Artis Rock Tahun 2018 tahun lalu, selepas dinamakan ‘Dimebag Darrell Shredder of the Year ’di Anugerah Metal Hammer Golden Gods, dua tahun sebelum itu. Kedua-dua album mereka, ‘Halestorm’ dan ‘The Strange Case of…’ telah diperakukan Emas, membuktikan sokongan besar peminat Halestorm. Halestorm juga mencipta sejarah apabila single hit ’Bites Love (SoDoI)’ dari ‘The Strange Case of…’, mengungguli carta radio Active Rock di Amerika Syarikat, menjadikan Halestorm kumpulan yang diterajui wanita pertama memperoleh tempat teratas dalam carta tersebut.

Halestorm dianggap sebagai simbol harapan dan inspirasi dikalangan pemuzik, terutamanya pemuzik wanita yang berani menyahut cabaran industri muzik masa kini. Lzzy dilihat sebagai perintis rock yang membuktikan bahawa wanita juga berhak berada di atas pentas. Penonton yang menyaksikan persembahannya, baik wanita mahupun lelaki, boleh melihatnya dan menyedari bahawa mereka juga berkuasa mengukir laluan mereka sendiri. Pemuzik muda mengaguminya sepertimana dia mengagumi artis-artis seperti Joan Jett dan Stevie Nicks.

“Mereka membantu saya percaya yang saya dapat melakukan sesuatu,dan saya harap saya dapat memberikan keyakinan yang sama buat wanita hari ini,” kata Lzzy. “Cuba untuk menjadi diri saya yang terbaik dan tidak cuba menjadi orang lain, bagi saya adalah mesej yang baik. Saya rasa bertanggungjawab untuk terus menyampaikannya. Saya hanya cuba menjadi yang terbaik.”

Cover album “VICIOUS”

Apa yang menariknya, Halestorm  akan berkunjung ke Malaysia untuk konsert mereka buat julung kalinya yang akan diadakan di Menara Wawasan PGRM, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2019 depan. Mereka juga akan turut mempromosikan album terbaru ‘Vicious’ yang telah dikeluarkan pada tahun 2018. Tiket-tiket konsert berharga dari RM228 (CAT 1), RM 328 (CAT 2), RM 428 (VIP) dan RM 588 (VVIP). Peminat boleh menikmati harga istimewa jika membeli tiket pada atau sebelum 1 September ini. Butiran lanjut boleh didapati di www.proticket.com.my.

“Muzik telah memilih kami dan kami akan meneruskannya. Antara pencapaian terbaik kami adalah kami telah bersama dalam satu kumpulan melebihi 15 tahun dan kami akan terus hasilkan muzik serta memperdengarkan kepada peminat. Kami mahu sentiasa mencuba sesuatu yang baru. Kami masih lagi dahagakan peluang-peluang yang baru dan kami akan sentiasa membuktikan kami layak berada dalam industri muzik ini. Apapun, kami sangat bersyukur kerana masih lagi kekal sebagai 1 kumpulan dan memiliki peminat yang sentiasa ambil berat dengan karya muzik kami. Kami merasakan masih banyak lagi kami perlu lakukan untuk terus kekal berkarya,” Lzzy.

Jika anda peminat muzik Rock, dan ingin melihatkan kelainan dengan teraju utamanya adalah wanita, ini peluang keemasan anda. Penulis sendiri, berminat untuk mengenali Halestorm dan ingin sekali menyaksikan persembahan mereka yang luar biasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan menerusi akaun Facebook Lampuneon Enterprise. Jom saksikan muzik video dari Halestorm “Vicious”. Enjoy gais!

 

TAGS:

Komentar

comments

loading...