/Bukan bersifat ‘scammer’, WKNDFEST 2019 gabungan 6 bintang popular K-Pop akan jadi kenyataan Ogos ini!

Bukan bersifat ‘scammer’, WKNDFEST 2019 gabungan 6 bintang popular K-Pop akan jadi kenyataan Ogos ini!

Sebelum ini pelbagai spekulasi bertebaran dimedia sosial yang merasakan acara WkndFest Vol. 1: K-Pop Edition adalah satu scam. Ini ekoran daripada beberapa perkongsian dari pihak Wkndfest yang dirasakan pelik. Tambahan pula, pada asalnya acara ini diadakan pada 1 September iaitu bersamaan dengan sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah. Hari ini, wakil media dari Wkndfest telah berkongsi kenyataan rasmi berkaitan acara tersebut. Kami mengharapkan, dengan kenyataan ini, peminat dapat menarik nafas lega kerana kami percaya pihak Wkndfest telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikannya satu realiti. Jom ikuti kenyataan rasmi berkaitan WkndFest Vol. 1: K-Pop Edition.

Kuala Lumpur, 29 Julai 2019: Buat pertama kalinya, WkndFest Vol. 1: K-Pop Edition akan menyaksikan beberapa bintang popular dari Korea Selatan seperti iKON, Momoland, Mamamoo, (G)I-dle, Tiffany Young dan VAV akan bergabung dalam satu pentas. WkndFest Vol. 1: K-Pop Edition akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari jam 6 petang hingga tengah malam pada 30 Ogos 2019 (Jumaat). Tiket secara rasmi tersedia untuk pembelian di Myticket.Asia.

Untuk pertama kalinya, acara ini akan memberikan peluang kepada peminat di Malaysia untuk merasai hiburan malam tanpa henti dengan lagu-lagu hit yang menghiasi carta-carta muzik K-Pop seperti “I Just Wanna Dance”, “Born Again” dan “Lips on Lips” dari pujaan hati orang Korea, Tiffany Young.

Pihak penganjur mengharapkan edisi sulung Vol. 1: Edisi K-Pop dari WkndFest memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada senario muzik di Malaysia.

“Konsep WkndFest Vol. 1: K-Pop Edition diwujudkan berdasarkan peningkatan peminat  K-Pop serta kewjudan kelab-kelab peminat  bintang K-Pop yang berpengkalan di Malaysia yang sentiasa berkembang. Oleh sebab itu, WkndFest menawarkan  pengalaman berharga ini kepada peminat K-Pop untuk merasai persembahan dari artis kegemaran mereka secara langsung.  Kami berharap acara ini akan menjadi acara tahunan kami kerana kami ingin mengembalikan serta memperkenalkan semula keseronokan festival muzik secara langsung di Malaysia dan harap-harap diperingkat serantau juga, “kata Amirul Hafiz, Pengarah Eksekutif WkndFest

Antara bintang K-Pop lain yang disahkan menyertai barisan artis yang lain adalah kumpulan VAV yang dianggotai oleh tujuh orang anak muda. VAV telah mula debut pada 2015 dan antara lagu hits mereka adalah seperti “Thrilla Killa”, “Senorita”, “I’m Sorry”, and “She’s Mine”. Ini merupakan kali kedua kumpulan ini berkunjung ke Malaysia sempena WkndFest selepas kunjungan pertama mereka pada tahun 2017.

Sempena kunjungan kali kedua VAV ke Kuala Lumpur, ketua kumpulan tersebut, StVan berkongsi kegembiraannya bersama rakan-rakan lain untuk sekali lagi menghiburkan peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur dengan menyatakan “Ini adalah sesuatu yang menyeronokkan buat kumpulan kami kerana berpeluang berkunjung lagi ke Kuala Lumpur serta membuat persembahan di  WkndFest. Kami tidak sabar untuk mengajak Senorita tempatan bernyanyi bersama-sama kami dan kami harap persembahan kami nanti akan memberikan kenangan manis buat mereka! “

Wkndfest Vol. 1: K-Pop Edition akan berlangsung pada 30 Ogos 2019, Jumaat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pintu masuk akan dibuka pada pukul 5 petang. Tiket-tiket berharga CAT 1 (RM 788), CAT 2 (RM 748), CAT 3 (RM 718), CAT 4 (RM 508), CAT 5 (RM 458) dan CAT 6 (RM 338). Tiket boleh dibeli menerusi My Ticket AsiaDapatkan tiket anda sekarang sebelum kehabisan.

Antara bintang K-Pop yang akan membuat persembahan di WkndFest adalah:

(G)I-DLE

Mamamoo

iKON

Momoland

Untuk maklumat lanjut mengenai WkndFest, boleh dapatkannya menerusi laman rasmi https://www.wkndfest.my. Kepada ‘followers’ KMania, kami ada berita baik untuk anda. So, stay tuned with us!

Komentar

comments

loading...