/Jang Hyuk, Jin Seo Yeon & Sooyoung bakal jadi detektif di dalam drama ‘thriller’ pembunuhan, OCN Call It Like You See It?

Jang Hyuk, Jin Seo Yeon & Sooyoung bakal jadi detektif di dalam drama ‘thriller’ pembunuhan, OCN Call It Like You See It?

Jang Hyuk sedang merancang untuk menyambung terus kerjaya lakonannya selepas drama jtbc Country berakhir nanti. Beliau sedang menimbangkan projek drama terbaru arahan Kim Hong Sun yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards menerusi drama OCN Guest sebelum ini, bersama-sama dengan Jin Seo Yeon dan Choi Soo Young, bekas ahli kumpulan kpop popular, Girl’s Generation.

Drama yang diberikan judul sebagai “Call It Like You See It” terbitan OCN, adalah sebuah drama ‘thriller’ tentang bagaimana detektif ‘profiler’ yang hebat ini berusaha untuk menangkap pembunuh bersiri yang menyangka detektif yang dihormatinya kerana mempunyai daya ingatan fotografik sudah lama meninggal dunia.

Jika Jang Hyuk menerima tawaran ini, beliau akan bersatu semula dengan sutradara Kim Song Sun sejak OCN “Voice” dahulu. OCN “Call It Like You See It” dirancangkan tayangannya menjelang tahun 2020.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...