/Daesung Big Bang akui terlepas pandang & mahu tindakan tegas ke atas penyewa bangunannya

Daesung Big Bang akui terlepas pandang & mahu tindakan tegas ke atas penyewa bangunannya

Berikutan pendedahan Channel A semalam yang mendakwa bangunannya pernah dijadikan sebagai sarang pelacuran, Daesung Big Bang hari ini mengeluarkan kenyataan balas mengenainya.

“Ini Daesung. Saya mahu memohon maaf kerana membuatkan anda bimbang sewaktu saya sedang menjalani khidmat ketenteraan.

Bangunan yang dilaporkan di media itu telah saya beli sebelum menyertai khidmat ketenteraan dan masih didaftarkan di bawah nama saya. Sebaik saja urusan jual beli selesai, saya dipanggil untuk menjalani khidmat ketenteraan menyebabkan bangunan tersebut berada dalam pengurusan yang teruk. Saya minta maaf pasal ini.

Sewaktu membeli bangunan ini, penyewa sudah pun menjalani perniagaan mereka di dalam, tetapi saya tak tahu apakah jenis perniagaan yang dibuat oleh mereka. Sekiranya mereka melanggar undang-undang, saya sendiri akan bertindak tegas dan berjanji menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai pemilik bangunan.

Walaupun agak lewat, saya mengaku atas kesalahan ini dan bermuhasabah diri. Saya akan bertanggungjawab. Terima kasih.”

Bangunan tersebut telah dibeli oleh Daesung pada sekitar November 2017 pada harga 1.2 billion won (~RM113 juta) .

Sementara itu, balai polis daerah Gangnam bersedia untuk menyiasat kegiatan haram yang berlegar-legar di dalam bangunan milik Daesung itu dan akan menahan sesiapa saja jika mereka didapati melanggari undang-undang.

Sumber: sport seoul

Komentar

comments

loading...