/45 selebriti korea bersaing…siapakah anda pilih untuk Kmania Top 10 Stars bulan Julai 2019?

45 selebriti korea bersaing…siapakah anda pilih untuk Kmania Top 10 Stars bulan Julai 2019?

Kmania sedang menerbitkan senarai TOP 10 Stars pilihan rakyat Malaysia bagi setiap bulan. Senarai yang dipanggil sebagai “Kmania Top 10 Stars” ini akan diterbitkan pada minggu terakhir setiap bulan. Park Seo Joon, Taehyung BTS, Do Kyung Soo EXO, Song Ji Hyo, Lee Jong Suk dan Lisa Blackpink, Jungkook BTS dan Isaac Voo In2it ialah juara Top 10 Stars sebelum ini masing-masing untuk bulan Ogos ’18, September ’18, Oktober ’18, November ’18, Disember ’18, Februari ’19, Mac ’19, April ’19, Mei ’19 dan Jun’19.

Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori di bawah adalah berdasarkan sohor kini (‘trending’) di laman sosial mengikut geografi Malaysia saja , aktiviti mereka lakukan di Malaysia serta karya mereka yang menjadi keminatan rakyat Malaysia. Penilaian diambil pada tarikh 1 Julai sehingga 27 Julai. Anda mesti mengundi untuk menentukan siapakah bakal terpilih dalam”Kmania Top 10 Stars” bagi edisi bulan Julai yang akan diterbitkan tak lama lagi. Anda dibenarkan mengundi tidak lebih daripada 10 calon saja.

UNDIAN DITUTUP PADA 31 Julai 2019.

Komentar

comments

loading...