/Polis Korea buru ‘lelaki G-String’ disekitar Chungju

Polis Korea buru ‘lelaki G-String’ disekitar Chungju

Pelik tapi benar!

Polis Korea sedang memburu seorang lelaki  berusia dalam lingkungan 20-30an yang digelar “Lelaki G-string”. Beliau dilihat ketika mengunjungi sebuah kedai kopi di Chungju pada 17 Julai lalu dengan memakai T-Shirt dan hanya mengenakan G-String (pakaian dalaman wanita).

Siasatan telah bermula selepas gambar lelaki yang memakai topeng muka hitam, berbaju putih lengan pendek yang ketat dan G-string hitam tular.

Polis mengesahkan setelah melihat rakaman CCTV bahawa lelaki itu mengunjungi kedai kopi di barat bandar kira-kira tengah hari pada 17 Julai. Penyiasat dimaklumkan oleh saksi yang berkata lelaki itu berjalan masuk, beratur, memesan minuman, menghirupnya dan pergi. Beliau tidak peduli dengan perhatian yang diberikan kepadanya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di kedai kopi tersebut.

“Seorang lelaki dengan mengenakan G-string masuk, memesan minuman dan membuat bayaran seperti biasa,” seorang penyiasat memetik percakapan seorang pekerja kafe sambil berkata. “Beliau pergi selepas minum dalam masa yang singkat di kedai.”

Polis tutur memberitahu mereka merancang untuk memeriksa keadaan mentalnya jika lelaki G-String ini berjaya ditahan.

Sumber : koreatimes

Komentar

comments

loading...