/Lee Sun Kyun dan Jung Ryeo Won jadi pendakwaraya dalam drama baru JTBC

Lee Sun Kyun dan Jung Ryeo Won jadi pendakwaraya dalam drama baru JTBC

 

Lee Sun Kyun dan Jung Ryeo Won sah bergandingan dalam dalam terbaru JTBC “Civil War of Prosecutors”.

Mereka sebelum ini diumumkan masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai watak mereka untuk drama tersebut.sebagai perunding untuk peranan mereka. Drama “Civil War of Prosecutors” akan menceritakan kisah seharian pendakwaraya dan keadaan sekeliling mereka dipejabat secara realistik.

Drama ini adalah berdasarkan koleksi penulisan bestseller dengan nama yang sama oleh seorang pendakwaraya yang sebenar bernama Kim Woong. Walaupun kebanyakan drama mengenai pendakwaraya cenderung ke arah kisah  berprofil tinggi, koleksi penulisan Kim Woong fokus kepada kisah seharian pendakwaraya yang bekerja dipejabat pendakwa di seluruh negara.

Lee Sun Kyun akan membawakan watak seorang pendakwaraya bernama Lee Sun Woong, yang bekerja di Pejabat Pendakwa Raya di sebuah daerah. Pada luarannya, dia kelihatan agak perlahan dan tidak matlamat dalam hidupnya, namun dalamannya sangat berbeza dengan apa yang ditonjolkan secara fizikal.

Jung Ryeo Won pula memegang peranan Cha Myung Joo, seorang pendakwaraya elit yang semakin meningkat naik di Pejabat Pendawaraya Pusat  sebelum dihantar ke pejabat cawangan. Ini merupakan kali kedua Jung Ryeo Won memegang watak sebagai pendakwaraya selepas drama “Witch at Court”.

Drama ini dijangka akan bersiaran pada akhir tahun 2019.

Sumber : news1

kredit photo : dispatch x Naver | topstarnews

Komentar

comments

loading...