/Belum selesai lagi misi tertangguh, Lee Jin Hyuk ‘Produce X 101’ sedia temui peminat sendiri

Belum selesai lagi misi tertangguh, Lee Jin Hyuk ‘Produce X 101’ sedia temui peminat sendiri

Lee Jin Hyuk, finalis  ‘Produce X 101’ yang terkandas dalam perebutan kuota sebelas ahli tetap yang baka debut dengan kumpulan baru, X1, mengumumkan bahawa beliau telah bersedia untuk mengadakan perjumpaan bersama peminat sendiri.

Menerusi satu kapsyen video yang dimuatnaik ke dalam instagram-nya, Lee Jin Hyuk berkata, “Saya terfikir untuk mengadakan perjumpaan peminat, dijangka pada hari Sabtu, 10 Ogos pada jam 6 petang”. Lee Jin Hyuk melukis di dalam satu buku bergambar sambil menjelaskan perancangannya itu. Namun, lokasinya belum dapat dikenalpasti dan akan diumumkan kemudian.

Sebelum menyertai Produce X 101, Lee Jin Hyuk merupakan ahli kumpulan UP10tion di bawah jagaan agensi TOP Media. Nasib tak berapa baik buat Lee Jin Hyuk apabila beliau gagal merebut tempat di dalam X1, sebaliknya rakan serperjuangan, Kim Woo Seok pula berjaya berbuat demikian. Beberapa hari yang sudah, sekumpulan netizen telah mengumpul dana bagi merealisasikan impian untuk menyaksikan baki lagi sembilan orang finalis Produce X 101 ‘debut’ seiring dengan X1, dan dinamakan kumpulan itu sebagai By9. Walaubagaimanapun, walaupun didesak berulang kali, Mnet belum memutuskan untuk berbuat apa-apa tentang mereka.

Sumber: korean herald , instagram Lee Jin Hyuk

Komentar

comments

loading...