/Suzy bakal jadi heroin terbaru Psy dalam muzik video terbaru penyanyi itu!

Suzy bakal jadi heroin terbaru Psy dalam muzik video terbaru penyanyi itu!

Psy telah pun mengesahkan watak utama wanita dalam muzik videonya yang terbaru ialah Suzy!

Psy,penyanyi yang terkenal dengan lagu “Gangnam Style”  akan melakukan “comeback” yang pertama selepas dia keluar dari YG dan menubuhkan syarikat sendiri. Psy meneruskan tradisi penampilan penyanyi wanita terkenal di dalam muzik videonya yang terbaru iaitu “Celeb”. Penampilan kali pertama penyanyi wanita ialah muzik video “Gangnam Style” yang menampilkan Hyuna, Gain (Brown Eyed Girls) di dalam  muzik video Gentleman , CL ( Daddy) dan Naeun (Apink) dengan “New Face” .

Pada hari Ahad lepas, para pengunjung yang hadir pada konsert “Summer Swag” ditontonkan dengan   muzik video “Celeb” yang belum lagi dilancarkan. Ia menampilkan Suzy berpakaian ‘glamor’ dengan baju berwarna -warni dan menari bersama-sama Psy.

Album ke 9 dari Psy dijangkakan dipasarkan Julai ini. Tiada tarikh bila muzik video dan lagu Celeb akan dilancarkan buat masa ini.

Ini adalah rakaman video peminat yang menghadiri konsert “Summer Swag”

Sumber : Naver , YT ElAyayi

TAGS:

Komentar

comments

loading...