/Kim Min Gyu, satu-satunya juara mingguan Produce X 101 yang gagal ‘debut’ bersama X1

Kim Min Gyu, satu-satunya juara mingguan Produce X 101 yang gagal ‘debut’ bersama X1

Pahit getir dan kekecewaan yang harus diterima oleh peserta Produce X 101 ini apabila namanya terkandas dalam perebutan ahli kesebelas X1 sebaik saja nama Lee Eun Sang diumumkan pada saat-saat akhir.

Tangisan seolah-olah merelakan pemergian rakan-rakan tercinta yang sudah berjaya menempatkan diri, manakala Kim Min Gyu pula terpaksa menerima hakikat belum sampai lagi masanya untuk ‘debut’ bersama mereka. Bermula sebagai pelatih daripada agensi Jellyfish Entertainment, Kim Min Gyu mengorak langkah mengejutkan di dalam minggu pertama program tersebut kerana berjaya meraih tempat pertama. Malah, Kim Min Gyu secara konsisten berada di dalam top 10 sehinggalah pada minggu terakhir semalam apabila namanya tiada dalam senarai top 10 undian terbanyak, menyebabkan dia diumumkan sebagai salah seorang 4 orang yang bakal merebut kuota ahli kesebelas dan akhirnya tempat itu diberikan pada Lee Eun Sang.

Sepanjang berada di dalam Produce X 101, Kim Min Kyu dilihat begitu rapat dengan Song Hyeong Jun yang berjaya debut sebagai ahli X1 dan  pernah menerima kritikan daripada ahli fakulti tentang kekurangannya (agak ketinggalan) walaupun acapkali mendapat ‘restu’ daripada netizen saban minggu. Tak mahu lagi berselindung, Kim Min Gyu berazam mahu membuktikan dirinya relevan dan sebenarnya layak untuk berada di samping pelatih lain meskipun akui ianya agak memenatkan.

Selepas berakhirnya Produce X 101 ini, nasib Kim Min Gyu bergantung kepada agensi beliau samada akan menekannya untuk bergerak secara solo atau ‘debut’ dengan kumpulan baru atau bertanding lagi dalam program realiti tv ‘survival’ yang lain. Namun, dalam perkembangan berlainan, sebilangan besar netizen yang simpati akan nasib sembilan lagi yang tak dapat bersama dengan X1, sedang berusaha untuk meletakkan kesembilan ahli ini sebagai kumpulan baru yang dinamakan sebagai By 9 atau “Be Your Nine”. Gerakan ini sudah semestinya tak dimulakan oleh pihak produksi Mnet, tapi apa salahnya mereka diberi peluang juga untuk ‘debut’ seiring dengan X1.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.