/Berdepan dengan defisit besar tahun 2019, KBS ambil langkah ‘penjimatan’ untuk programnya

Berdepan dengan defisit besar tahun 2019, KBS ambil langkah ‘penjimatan’ untuk programnya

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu saat ini, ramai yang mengeluh bagaimana untuk mengamalkan penjimatan secara efisien. Tidak hanya orang awam terpaksa berdepan dengan keadaan masalah ekonomi, bahkan stesen TV juga tidak terkecuali.

Terbaru, KBS sedang mengalami defisit sebanyak 100 bilion won (kira-kira $ 85.2 juta), dan disebabkan perkara ini mereka merancang untuk memulakan langkah pengurusan kecemasan.

Untuk terus bertahan menjadi stesen tv penyiar utama, KBS telah mewujudkan “Pasukan Petugas Tinjauan Keseluruhan atau “Total Review Task Force (TF)” peringkat dalaman untuk merancang gerak kerja bagi mengurangkan kos.

Menurut proposal itu, defisit KBS pada akhir tahun 2019 dianggarkan sebanyak 101.9 bilion won (kira-kira $ 86.8 juta). Kerugian perniagaan secara terkumpul untuk lima tahun akan datang dianggarkan mencapai 656.9 bilion (kira-kira $ 559.4 juta). Analisis juga mendedahkan bahawa bermula pada separuh tahun kedua 2020, KBS perlu bergantung kepada pinjaman bank.

Untuk mengurangkan defisit KBS, langkah penuh efisyen sangat ditekankan. KBS membincangkan untuk  mengurangkan program siaran dan memberikan tumpuan kepada kandungan teras untuk siaran, meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan, mewujudkan kecekapan tenaga buruh, dan sesi pengurangan dalam pelbagai perkara.

Oleh yang demikian, beberapa program tidak dapat dielakkan dari terus bersiaran. Program seperti “KBS24,” ““Morning News Time,” “Yeo Yoo Man Man,” dan “Baduk Wang Jeon” akan dihentikan. Langkah untuk menyatukan program-program seperti  “Current Affairs Plan Window,” “In Depth 60 Minutes,” “KBS Special,” dan “Global Documentary” juga akan dibincangkan.

Menyentuh tentang siaran drama di KBS, antara langkah penyelesaian yang dibincangkan adalah dengan memendekkan waktu tayangan dari 70 minit ke 50 minit sahaja. Turut akan dibawa berbincang samada mengekalkan atau memansuhkan adalah siaran slot “Drama Special”. Walaupun tidak dinyatakan dalam perancangan itu, pembatalan program “Tonight Kim Jae Dong” juga akan turut di bawa berbincang. Pada 17 Julai, Kesatuan Penyiar Awam KBS  atau KBS Public Broadcasters Union (KBS PBU) mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan, “Dalam pada penjadualan beberapa program yang akan ditamatkan, Kim Jae Dong dengan rendah diri memaklumkan bahawa beliau akan meninggalkan program (Tonight Kim Jae Dong) tersebut.” Wakil Kim Jae Dong juga telah membuat kenyataan rasmi.

Di jabatan berita, KBS sedang mengkaji semula sama ada untuk meneruskan pusat liputan Seoul-Incheon dan mereka membincangkan rancangan untuk mengurangkan bilangan wartawan sebanyak 20 peratus. Bagi siaran sukan profesional, KBS akan membuat keputusan berdasarkan keuntungan.

Pengurangan kos daripada pelaksanaan pelan pengurusan kecemasan dianggarkan sekitar 60 bilion won (kira-kira $ 51.1 juta dolar). Secara dalaman, kebimbangan dan kritikan telah dinyatakan ketika rancangan itu dikeluarkan.

KBS PBU dalam satu kenyataan memberitahu, “Mereka memaksa semua berkorban dengan meletakkan tanggungjawab kegagalan pengurusan kepada pekerja. Lembaga pengarah harus bertanggungjawab terhadap pengurusan dan meletak jawatan. “

Ibu pejabat kesatuan media KBS juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan, “Kami ambil maklum akan krisis KBS, tetapi pada masa yang sama, jika ketidakcekapan, malas, dan tidak berani serta tiada keinginan buat pembaharuan dari kumpulan eksekutif, kami tidak akan berdiam diri.”

Semoga KBS dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya. Sebagai sebuah stesyen penyiaran yang otai, mereka sepatutnya bertindak secara professional dan tidak meletakkan semua kesalahan di atas bahu para pekerja. Mereka juga perlu konsisten dalam menyampaikan makluman dan hiburan kepada para penonton yang sentiasa menyokong produk KBS untuk sekian lama.

Sumber : spotvnews

Komentar

comments

loading...