/Jo Yoon Hee & Yoon Park setuju bergandingan mencari kebahagiaan serta cinta sejati dalam drama baru KBS

Jo Yoon Hee & Yoon Park setuju bergandingan mencari kebahagiaan serta cinta sejati dalam drama baru KBS

Joo Yoon Hee dan Yoon Park telahpun memberikan persetujuan mereka untuk membintangi drama terbaru KBS “Love is Beautiful, Life is Wonderful” .

“Love is Beautiful, Life is Wonderful” bertemakan kekeluargaan, rom-com dan kehidupan mereka yang mencari kebahagiaan serta cinta sejati. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki dingin yang tidak percaya kepada perkahwinan dengan seorang wanita yang telah berputus asa untuk bercinta, berkahwin dan mempunyai anak namun kini gigih bersedia untuk mengambil peperiksaan perkhidmatan awam.

Joo Yoon Hee akan membawakan watak Kim Seol Ah, seorang wanita yang bercita-cita dan juga bekas juruhebah. Biarpun kehidupan Kim Seol Ah disirami cahaya glamor, namun sebenarnya terselit kegusaran serta kebimbangan dalam dirinya. Kegusaran dan kebimbangan Kim Seol Ah ini dijangka akan memberikan impak suspen dalam drama ini. “Love is Beautiful, Life is Wonderful” juga akan menggambarkan bagaimana perjalanan kehidupan Kim Seol Ah dalam menemui cinta dan kebahagiaan yang sejati.

Sementara itu, Yoon Park akan memegang watak sebagai Moon Tae Rang, seorang chef muda dan anak angkat sulung dalam keluarga angkatnya. Biarpun Moon Tae Rang selalu menghadapi kesulitan dalam hidupnya, beliau akan menggambarkan hubungan kasih sayang dalam keluarga dan perasaan cinta yang tulus ikhlas.

Antara pelakon lain yang akan turut membintangi “Love is Beautiful, Life is Wonderful” adalah Oh Min Seok. Oh Min Seok akan membawakan watak Do Jin Woo, seorang CEO sebuah syarikat besar dan merupakan suami kepada Kim Seol Ah.

Jo Woo Ri pula akan melakonkan watak Moon Hae Rang, adik perempuan Moon Tae Rang dan setiausaha Do Jin Woo. Moon Hae Rang digambarkan akan menjalankan hubungan yang penuh risiko dengan Do Jin Woo dan beliau akan berdepan dengan pelbagai rahsia, sekaligus wataknya penuh misteri.

Drama ini juga akan turut dibantu oleh drama ini juga akan dibintangi oleh Kim Mi Sook, Jung Won Joong, Na Young Hee, Seol In Ah, Eunbin CLC, Kim Jae Young, dan Ryu Ui Hyun.

Karya “Love is Beautiful, Life is Wonderful” akan ditulis oleh oleh Bae Yoo Mi, yang sebelumnya pernah menghasilkan skrip untuk Happy Together (1999), Romance (2002), Who are You(2008), Twinkle Twinkle (2011), I Have a Lover (2015), dan Should We Kiss First (2018). “Love is Beautiful, Life is Wonderful” akan bersiaran sekitar September depan bagi menggantikan drama “Mother of Mine”.

Sumber : Sports chosun

Komentar

comments

loading...