/[Gempar] Ayah Kim Samuel mati dibunuh dalam satu kejadian di Mexico

[Gempar] Ayah Kim Samuel mati dibunuh dalam satu kejadian di Mexico

Seorang lelaki bernama Jose Arrendondo telah terbunuh dalam kejadian di Cabo San Lucas, Mexico dan mayatnya dijumpai pada pagi Selasa (malam semalam waktu Malaysia) di dalam rumah persinggahan yang dimilikinya.

Tiada maklumat lanjut tentang punca kematian. Lazimnya pembunuhan yang berlaku di Mexico berkait dengan masalah penyeludupan dadah yang membelengu negara tersebut saban hari.

Jose Arrendondo mempunyai 11 orang adik-beradik, memulakan hidup barunya di Amerika Syarikat sebagai pengurus jual beli kereta selepas berjaya merentas sempadan Texas dan Mexico sewaktu beliau kecil. Salah seorang anaknya ialah Kim Samuel, hasil perkahwinannya dengan seorang wanita kelahiran Korea dahulu. Kim Samuel yang merupakan bekas pelatih Produce 101 musim kedua dan telah pun mengeluarkan single solo pertamanya berjudul “Sixteen” dahulu, pernah dilihat memunculkan diri di dalam iklan melibatkan perniagaan ayahnya di Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Sementara itu, media cuba menghubungi agensi Kim Samuel untuk mengetahui serba lanjut tentang keadaan terkini Kim Sameul. Kim Sameul sedang dalam perancangan untuk membuat kemunculan secara solo semula setelah bergelut dengan bekas agensinya, Brave Entertainment menyebabkan dia bertindak untuk menubuhkan agensinya sendiri.

Sumber: tv report, kget

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.