/[Terkini] Penggambaran drama ‘Chimera’ dihentikan sementara gara-gara gangguan seksual yang berlaku

[Terkini] Penggambaran drama ‘Chimera’ dihentikan sementara gara-gara gangguan seksual yang berlaku

Penggambaran drama ‘Chimera’ terpaksa diberhentikan sementara gara-gara salah seorang menerima gangguan seksual daripada krew yang lain. Krew dikatakan mangsa itu tak hadir ke set penggambaran menyebabkannya terpaksa ditangguhkan.

Menurut laporan daripada SBS Fun E, seorang pembantu digelarkan sebagai A telah melakukan gangguan seksual terhadap penulis skrip B. Pihak produksi, JEES Pictures yang menyedari akan kejadian tersebut, telah mengarahkan A memohon maaf kepada B secara terbuka di depan staf yang lain. Namun sebaliknya, B hanya menghantar mesej kepada kumpulan stafnya lalu meninggalkan set penggambaran pada 13 Julai lepas.

“Saya cuba sedaya-upaya untuk mengekang kejadian tak diingini dengan mengingatkan krew-krew tentangnya. Namun apakah daya, B seolah-olah seperti tak matang,” kata pihak produksi tersebut. A juga dilaporkan kesal dan telah pun berhenti kerja pada keesokan harinya. Seperti dilaporkan oleh media sebelum ini, penulis skripnya ialah Lee Min Jae dengan hasil kerjanya termasuklah drama tvN Ex-Gilfriend Club.

Drama ‘Chimera’ bakal dibintangi oleh Park Hae Soo yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards, Lee Hee Joon serta Soo Hyun, adalah berkisarkan tentang kes kejadian letupan dinamakan sebagai ‘Chimera’ pada tahun 1984 yang berlaku semula pada 2019. Ia  mendesak seorang detektif bernama Cha Jae-Hwan (Park Hae-Soo) berkerjasama dengan doktor Lee Joong-Yeob (Lee Hee-Joon) dan juga pakar profiler Yoo Jin (Soo-Hyun) bagi menyiasat perkaitan kes antara kedua-duanya.

Drama ‘Chimera’ mendapat arahan Kim Do Hoon (“MBC Medical Top Team”,”MBC The Moon Embraces The Sun”) bakal disiarkan pada pertengahan tahun 2019 ini.

Sumber: SBS Fun E, sport seoul

Komentar

comments

loading...