/Jung Hae In kongsi kesukaran menjadi duda anak satu di dalam drama MBC ‘Spring Night’

Jung Hae In kongsi kesukaran menjadi duda anak satu di dalam drama MBC ‘Spring Night’

Jung Hae In mengadakan sesi fotografi bersama dengan majalah Elle, menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar pelakon sepenuh masa.

Jung Hae In yang baru saja selesai membintangi drama MBC ‘Spring Night’ pada minggu lepas meninggalkan kenangan manis buat penonton di atas penampilannya yang seksi, menggamit pandangan serta sifat toleransinya ditonjolkan di atas lakonan sebagai duda anak satu yang bercinta dengan seorang gadis yang telah curang dengan kekasihnya. Mengulas tentang karakternya di dalam drama tersebut, Jung Hae In berkata, “Sebenarnya, Jiho ialah watak paling sukar saya pernah lakonkan, di mana saya kena fokus betul-betul untuk dapatkan lakonan yang tak terlalu ‘over’. Saya perlu luahkan rasa marah, tapi agak janggal macammana nak luahkannya dalam separuh saja.”

Ditanya pula bebanan sepanjang bergelar pelakon yang popular kini, Jung Hae In berkongsi, “Saya bersyukur ramai tengok dan sukakan saya, apa yang saya tak boleh atau tak faham ialah sesuatu yang saya perlu terima kerana saya minat berlakon. Saya mahu teruskan persembahkan sesuatu untuk mereka.”

Jung Hae In turut akan menceburkan diri di dalam layar perak bersama dengan Kim Go Eun menerusi filem ‘Tune in for Love’ yang akan menjengah pawagam pada akhir Ogos nanti. Majalah Elle menampilkan Jung Hae In ini boleh didapati di pasaran menjelang Ogos 2019.

Sumber: elle korea

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.