/Gambar ‘rare’ BTS ini, buat netizen ketawa tanpa henti!

Gambar ‘rare’ BTS ini, buat netizen ketawa tanpa henti!

Teknologi dihujung jari dan kuasa peminat fanatik K-Pop! Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada netizen saat ini. Jika tidak, masakan netizen bisa menjumpai gambar passport ahli BTS ini yang khabarnya diambil ketika 2017. Kegigihan penggalian mereka nampaknya menemui hasil.

Gambar yang diambil sekitar dua tahun lepas, betul-betul berbeza dengan mereka sekarang. Mereka nampak ‘nerd’ atau skema dalam gambar tersebut terutamanya dari segi gaya rambut dan memek muka. Gambar ini tular semula di Twitter beberapa hari lepas oleh ARMY (kelab peminat BTS).

ARMY berpendapat gambar passport Jungkook sangat melucukan kerana gaya rambutnya seperti rambut cari makan Justin Bieber.

Twitter @jikooklovefairy

Adakah Suga kelihatan menyamai watak Sakamoto dari anime Sakamoto Desu Ga? Memang ‘rare’ dengan gaya rambut belah tengah ni. Persis budak baik dan pengawas sekolah.

Twitter @KIMBERLY

Jin pula tidak kurang lucunya apabila gaya rambut beliau kelihatan sama seperti anjing yang popular dengan meme gaya rambut setelah dewasa.

twitter @Jay

Netizen juga sempat berseloka tentang Jimin yang seolah-olah mengambil foto untuk ‘mugshot’ (gambar tahanan untuk rekod polis) daripada mengambail gambar untuk passport.

Twitter @fakeylab

Kalau BTS pun ambil gambar seumpama ini yang nampak ‘nerd’ untuk passport mereka, korang janganlah rasa down kalau tengok balik gambar kat IC, lesen memandu dan sebagainya.

 

Sumber : Koreaboo | Twitter

TAGS:

Komentar

comments

loading...