/Adakah ada kesan buruk di sebalik rahsia kecantikan bentuk tubuh badan oleh artis Korea selama ini?

Adakah ada kesan buruk di sebalik rahsia kecantikan bentuk tubuh badan oleh artis Korea selama ini?

Kita sering kali membincangkan mengenai rahsia kecantikan para artis Korea, terutamanya idol. Cantik, menawan dan comel. Namun, bagaimana pula dengan bentuk badan mereka? Perkataan lazim yang sering digunakan, tentulah kurus. Kurus bukan sebarang kurus ya. Kurus mereka berotot dah masih lagi “curvy”. Pinggang kecil secekak persis kerengga. Apakah rahsia mereka? Adakah ada kesan buruk jangka masa panjang di antaranya? Kali ini, penulis ingin merungkai pula rahsia kecantikan bentuk badan mereka.

Sedia maklum para idol tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, mereka memiliki rutin bersenam yang mencabar. Bukan calang-calang orang ya boleh menari dan menyanyi pada masa yang sama. Memerlukan stamina yang tinggi. Namun, bersenam semata-mata tidak mencukupi sekiranya mereka tidak menjaga pemakanan mereka. Skop minggu ini memfokuskan kepada diet khas para idol.

Ramai pengulas dunia hiburan Korea Selatan menggelarkan rutin pemakanan Idol ini sebagai cara diet ekstrem. Sejenis diet yang amat bahaya. Salah satu antaranya adalah, hanya makan sekali sehari sahaja. Sekali sehari ini, tidaklah bermaksud nasi dua pinggan dan lauk tiga jenis ya. Makanan yang di ambil perlulah makanan sihat dan hanya di makan pada jam empat petang sahaja. Satu jenis lagi di namakan, diet cawan kertas. Diet ini di amalkan apabila artis-artis ini makan di luar. Mereka hanya akan makan makanan yang hanya akan muat dalam satu cawan kertas sahaja. Sangat kecil dan sedikit.

Tidak semua artis mengamalkan diet yang bahaya seperti ini. Ada juga yang mengamalkan diet yang ketat dan mengamalkan makanan yang sihat dan berzat. IU contohnya, untuk mencapai berat yang diingini, beliau akan membahagikan makanan beliau kepada tiga waktu makan yang berbeza-beza. IU akan mengambil sebiji epal untuk sarapan pagi, dua biji ubi keledek sebagai santapan tengah hari dan minuman berprotein sebagai makan malam beliau. Dalam masa empat hari, beliau boleh mencapai target beliau.

Bagi Suzy pula, untuk mengubah bentuk badan beliau sarapan beliau amat berzat pada masa yang sama memiliki kalori yang rendah. Dada ayam, sebiji ubi keledek dan segelas susu rendah lemak merupakan pilihan untuk bersarapan. Tiga jam kemudian, Suzy akan mengambil salad di makan bersama beras peras untuk makan tengah hari beliau. Makan malam pula, sekadar dua biji ubi keledek sahaja. Beliau di katakan mengamalkan diet ini selama tiga bulan untuk mencapai berat badan yang diingini beliau.

Selain beryoga dan pelbagai aktiviti sukan yang lain, Soyou dari kumpulan Sistar menjelaskan beliau mengamalkan diet yang ketat selama sebulan untuk mencapai bentuk badan yang di idamkan. Terutamanya ketika mereka melancarkan album terbaru mereka. Selama sebulan ini, Soyou akan mengambil ubi keledek sebagai sarapan, tiga biji telur rebus bersama telur untuk tengah hari dan tiga potong kimbap. Soyou juga mengatakan berlatih menari juga membantu beliau untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal.

Setelah mencapai sasaran mereka dan tamat tempoh diet ini, mereka akan sentiasa bersenam dan mengawal pemakanan mereka demi mengekalkan bentuk badan mereka tanpa perlu mengikat perut mereka. Perlu di ingatkan bahawa, walaupun diet ini boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat, namun menurut The Korean Herald, diet jenis ini amatlah berbahaya kepada kesihatan kita. Diet yang terlalu ketat seperti ini boleh menyebabkan stress, depresi dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu apa yang boleh di simpulkan oleh penulis, sekiranya kita ingin menurunkan berat badan, pertama sekali kita perlu bersenam dan pada masa yang sama, mengamalkan pemakanan yang sihat dan rendah kalori. Selain itu, penulis kini sangat menghargai ubi keledek. Ayuh kita mulakan dengan memakan ubi keledek, tetapi jangan pula menggoreng dengan tepung dan minyak untuk minum petang ye pembaca. Tu bertambah pula jumlah kalori kita dan juga kolesterol dalam badan.

Sumber: The Korean Herald ; Los Angeles Times

Komentar

comments

loading...