/Peniel & Hyunsik BTOB ketepikan imej idol demi jayakan program tv tvN ‘My dream Trip’

Peniel & Hyunsik BTOB ketepikan imej idol demi jayakan program tv tvN ‘My dream Trip’

Seronok Peniel dan Hyunsik bercuti di Hong Kong dalam My Dream Trip untuk merealisasikan impian ‘travel buddies’ mereka.

Seronok BTOB Peniel dan Hyunsik bercuti di Hong Kong dalam My Dream Trip untuk merealisasikan impian ‘travel buddies’ mereka.

Saluran tvN yang memaparkan produksi terbaru My Dream Trip memutarkan episod keduanya di tvN dan Viu pada Sabtu lepas (13 Julai 2019).

Peniel dan Hyunsik bersama ‘travel buddies’ mereka iaitu Charmaine dan Wan-yi berusaha keras untuk menjayakan perjalanan mereka kali ini. Episod kali ini bermula dengan kejayaan misi persendirian Hyunsik pada saat saat akhir. Duo idol tersebut ketepikan imej idol mereka dengan azam dan ‘stocking face’ yang kelakar. Semestinya korang kena tonton.

Dari kiri ; Hyunsik, Charmaine, Wan-yi dan Peniel mengambil gambar swafoto mereka sebagai tanda kenangan.

Mereka juga tampil bergaya dengan kostum Bruce Lee dan pelbagai ‘footage’ mereka di Hong Kong yang menarik untuk peminat mereka juga My Dream Trip.

Dari kiri ; Hyunsik dan Peniel memakai busana tradisional di hadapan Pusat Xiqu.

Kalau anda terlepas siaran mereka di tvN, tidak mengapa. Viu ada untuk kurangkan stress anda beserta dengan sarikata Bahasa Malaysia di www.viu.com secara percuma.

Komentar

comments

loading...