/Gatal sehingga berbintik merah, Taehyung BTS akui alami alahan kulit

Gatal sehingga berbintik merah, Taehyung BTS akui alami alahan kulit

*Disclaimer* : Gambar di sebelah kanan hanyalah sekadar hiasan.

Kim Taehyung mendedahkan di depan peminatnya semalam bahawa beliau sedang mengalami penyakit alahan kulit yang boleh menyebabkan kulitnya berbintik kemerah-merahan.

Kenyataan itu timbul selepas Taehyung membalas komen dibuat oleh peminat terhadap dirinya menyatakan dirinya sedang menderita alahan dinamakan sebagai ‘cholinergic urticaria’. ‘Cholinergic Urticaria’ ialah sejenis penyakit alahan kulit yang berlaku apabila terdapat peningkatan suhu badan selepas seseorang berpeluh akibat bersenam atau berendam dalam sauna. ‘Cholinergic Urticaria’ menyebabkan kulit kemerah-merahan sehingga kegatalan jika tidak diambil secara serius.

Gambar dikreditkan pada Smoke in The Eyes.

Netizen yang tumpang simpati dengan pendedahan tersebut, menasihati Taehyung supaya tidak terlalu melakukan aktiviti berat yang membuatkan dirinya kerap berpeluh. Bercerita tentang aktiviti terkini Taehyung, beliau sedang merancang melancarkan single solo terbarunya menyusul selepas satu-persatu rakan sekumpulannya berbuat demikian, bermula dengan ‘Tonight’ oleh Kim Seok Jin pada tempoh hari.

Sumber: mk sport

Komentar

comments

loading...