/[*Spoiler*] Lee Jinwoo & Kim Kookheon antara tersenggol keluar, 20 lagi bersaing sebagai finalis Produce x 101

[*Spoiler*] Lee Jinwoo & Kim Kookheon antara tersenggol keluar, 20 lagi bersaing sebagai finalis Produce x 101

Produce X 101 untuk minggu kedua terakhir telah pun menyimpulkan keputusannya dengan hanya 20 pelatih saja dibenarkan untuk bersaing sebagai finalis, seterusnya layak untuk ‘debut’ dalam kumpulan baru yang mirip seperti Wanna One.

Berikut ialah 20 orang peserta yang layak menyahut cabaran pada minggu hadapan:

1. Kim Yo Han (OUI Entertainment)
2. Kim Woo Seok (TOP Media)
3. Lee Jin Hyuk (TOP Media)
4. Han Seung Woo (Plan A Entertainment)
5. Kim Min Kyu (Jellyfish Entertainment)
6. Cho Seung Youn (Yuehua Entertainment)
7. Nam Do Hyon (MBK Entertainment)
8. Song Hyeong Jun (Starship Entertainment)
9. Lee Eun Sang (Brand New Music)
10. Keum Dong Hyun (C9 Entertainment)
11. Cha Jun Ho (Woollim Entertainment)
12. Son Dong Pyo (DSP Media)
13. Hwang Yun Seong (Woollim Entertainment)
14. Kang Min Hee (Starship Entertainment)
15. Koo Jung Mo (Starship Entertainment)
16. Lee Han Gyul (MBK Entertainment)
17. Song Yu Vin (The Music Works)
18. Ham Won Jin (Starship Entertainment)
19. Tony (HONGYI Entertainment)
20. Lee Se Jin (iME Korea)

Sebaliknya, 10 lagi telah tersenggol keluar manakala seorang lagi, Choi Byung Chan memilih untuk keluar secara sukarela beberapa hari lepas disebabkan masalah kesihatan melibatkan buku lalinya.

Pengeluaran Lee Jinwoo dari Maroo Ent. telah mencetuskan kejutan buat penonton terutamanya disebabkan beliau pernah secara konsisten berada dalam kedudukan top 10 bermula minggu keenam lagi. Kedudukannya jatuh teruk daripada no.4 dan no.8 pada minggu-minggu sebelumnya kepada no.22 pada minggu ini. Lee Jinwoo menyertai pada usia 14 tahun, menjadikannya antara termuda di dalam akademi tersebut namun kritikan terhadap ketidakmatangannya setiap minggu telah menyebabkan netizen mula hilang simpati terhadapnya.

Manakala, ahli kumpulan MYTEEN yang bersaing sebagai peserta di dalam Produce X101, Kim Kookheon juga mengikut jejak langkah Lee Jinwoo tersingkir kali ini. Sepanjang berada di dalam akademi Produce X 101, Kim Kookheon telah menunjukkan bakatnya yang sangat baik menari, menyanyi dan membuat persembahan yang agak dikenangi.

Episod terbaru ini boleh disaksikan di Malaysia melalui siaran tertunda di tvN Asia setiap jam 5.00 petang hari Sabtu dan juga 8TV setiap jam 3.00 petang hari Ahad.

Komentar

comments

loading...