/4 sebab kenapa kena tonton drama tvN Hotel del Luna

4 sebab kenapa kena tonton drama tvN Hotel del Luna

Drama terbaru terbitan tvN ini bakal menghiasai kaca tv anda bagi menggantikan tvN Arthadal Chronicles yang berakhir pada minggu lepas. Berikut disertakan lima sebab kenapa anda mesti tonton drama ini.

1. Gandingan pertama kali Yeo Jin Gu dan IU

Buat yang mendambakan kisah cinta pasangan muda yang baru mencecah usia 20-an, drama ini mungkin serasi dengan anda. Yeo Jin Gu yang menyibukkan dirinya sekali lagi dengan drama ketiganya pula untuk tahun ini bergandingan pula dengan penyanyi wanita bertaraf idola di Korea, Lee Ji Eun atau dikenali sebagai IU.

Seperti yang sudah sedia maklum, Yeo Jin Gu dan IU tak boleh dinafikan lagi kemampuan mereka dalam dunia lakonan. Kedua-duanya sudah menimba pengalaman berlakon sejak kecil lagi, terutamanya Yeo Jin Goo daripada usia belasan tahun lagi. Walaupun mereka pernah menerima kritikan di atas ‘kekayuan’ dalam sesebuah drama, tak dinafikan juga masing-masing sudah menerima penghormatan dengan pencalonan di CARI Kdrama Awards untuk kategori Best Supporting Actor (MBC I Miss You) dan Best Actress (tvN My Mister), menunjukkan lakonan mereka sepatutnya sudah boleh diterima dalam kalangan rakyat Malaysia dan tidak menjadi isu berat lagi.

Sesuatu yang menarik mengenai pasangan muda ini, Yeo Jin Goo belum lagi dipertemukan dengan IU dalam mana-mana tayangan perdana layar emas ataupun layar perak, sesuatu yang mungkin tampak ‘segar’ di mata penonton pada mulanya. Selebihnya, penonton akan tentukan keserasian mereka nanti.

2. Hasil garapan penulis popular, Hong Sisters

Tak kenal Hong Sisters, maka anda belum jadi lagi peminat drama korea yang sebenar. Hong Mi Ran dan Hong Ji Eun, pemilik nama sebenar penulis skrip duo ini sering menghasilkan drama-drama korea yang kena dengan selera penonton seperti KBS Sassy Girl ChunYang, SBS My Girl, MBC The Greatest Love, SBS Master’s Sun dan terbaru sekali, tvN Hwayuki. Daripada kesemuanya, My Girl, The Greatest Love dan Master’s Sun paling menonjol dan dikritik mampu menyampaikan kisah romantis yang mengagumkan di samping membuatkan anda terhibur kerana adegan spontan komedi yang ditunjukkan.

3. Hotel del Luna mungkin mirip dengan Master’s Sun, malah disadurkan dengan elemen fantasi gambaran seperti ‘fairy tales’

tvN ‘Hotel del Luna’ berkisarkan drama fantasi yang bertumpukan pada sebuah hotel yang didiami pelbagai makhlus halus. Hotel ini tampak usang kerana ia menjadi tempat persinggahan roh-roh yang tak tahu hendak ke mana. Di dalamnya juga, terdapat seorang anak dara persis puteri ‘bunian’ disebut-sebut bahawa kecantikannya ibarat cahaya bulan yang menyinari malam yang sepi. Kebanyakan orang-orang tua yang tinggal di kampung berdekatan akan singgah sekejap di hotel usang berkenaan bagi melihat kecantikan puteri bunian itu dan memohon hajat untuk perkara-perkara tertentu.

Yeo Jin Goo membawakan watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ bernama Goo Chan Sung (Jejin) di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’  Jang Man Wol lakonan Lee Ji Eun (IU). Jejin memiliki tabiat disifatkan sebagai kecelaruan obsesif-kompulsif (“obsessive-compulsive disorder (OCD)”) tapi telah ditugaskan untuk menjadi pembantu pengurus termuda ‘Hotel del Luna’ bagi memacu aktiviti pelancongan ke atas hotel tersebut. Manakala, Jang Man Wol pula seolah-olah sebagai puteri bunian’ tersebut yang dikatakan terpaksa dikurung di dalam hotel itu untuk seribu tahun kerana terkena sumpahan ‘del Luna’. Identiti asalnya ialah seorang wanita tua agak jahat di masa lalu .Mungkinkah Jang Man Wol disumpah untuk mengubah dirinya menjadi sosok yang baik belaka?

4. Teaser terbaru menampakkan kelicikan IU ibarat seolah-olah seperti nenek kebayan

Teaser dikeluarkan petang tadi memaparkan bagaimana IU menjerat Yeo Jin Goo untuk menemaninya di hotel dinamakan sebagai Del Luna. “Aku akan bagi sesuatu sangat berbeza untuk hari jadi kau tahun ini,” dampingi Jang Man Wol ke arah Jejin. Hadiah tersebut merupakan nikmat diberikan kepada Jejin bagi melihat sendiri hantu dengan matanya sendiri. Kemudian, Jejin membentak lalu berkata, “Kenapa kau tunjukkan aku semua itu?.” Jawab Man Wol secara ringkas, “Kau akan tau selepas kau ikut aku ke Del Luna.”

 “Hotel Del Luna” yang mendapat arahan Oh Choong Wan (SBS Doctors, SBS While You Were Sleeping) dan sentuhan produser Kim Kyu Tae, menyaksikan gandingan semula IU dengan produser ini sejak Scarlet Heart. Drama ini dapat disaksikan pada 13 Julai hari ini, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam (KST) menerusi rangkaian tvN. Siaran tertunda dapat ditonton  di rangkaian VIU.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.