/Lee Sung Kyun, Kim Nam Gil & Lee Sang Yeob sertai kembara panjang bersama ke Siberia

Lee Sung Kyun, Kim Nam Gil & Lee Sang Yeob sertai kembara panjang bersama ke Siberia

Lee Sung Kyun, Kim Nam Gil & Lee Sang Yeob telah disahkan akan menyertai program realiti tv terbitan tvn terbaru, ‘Siberia Expedition’ yang akan memaparkan pengembaraan mereka sepanjang berada di benua Siberia yang menggabungkan tiga negara, Rusia, Monggolia dan China. Turut sama menemani mereka ialah Kim Min Sik dan Ko Kyu Pill. Ko Pyu Pill dan Kim Nam Gil pernah bersama-sama membintangi drama SBS The Friery Priest sebelum ini.

tvN ‘Siberia Expedition’ yang dirancang penyiarannya pada pertengahan tahun ini bakal menjadi program realiti kembara terpanjang di dunia. Pelakon-pelakon akan menaiki tren Siberia menggambarkan diri mereka seolah-olah seperti ‘backpackers’ serta berinteraksi sesama sendiri dan juga penduduk tempatan di dalam keretapi.

Menurut jurucakap krew produksi, ” ‘Siberia Expedition’  akan menampakkan hubungan lima sekawan secara realistik, bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan makan dan tidur di dalam tren. Saya harap mereka berseronok sepanjang pengembaraan ini.”

Sumber: news1

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.