/Gara-gara kes awek buat hal, Oh Seung Yoon disingkirkan daripada drama jtbc Melo Suits Me & MBC Love Me Actually

Gara-gara kes awek buat hal, Oh Seung Yoon disingkirkan daripada drama jtbc Melo Suits Me & MBC Love Me Actually

Malang bertimpa-timpa buat Oh Seung Yoon apabila pihak produksi drama jtbc Melo Suits Me mengambil keputusan untuk menggugurkan beliau daripada senarai pelakon berikutan beliau telah dipanggil untuk membantu siasatan polis atas dakwaan bersubahat membenarkan teman wanitanya memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber yang dipercayai, pihak produksi memutuskan untuk menggantikan Oh Seung Yoon dengan pelakon lain. Mereka juga akan melakukan penggambaran semula melibatkan watak lelaki ‘kunyit’ lakonan Oh Seung Yoon, dan akan menangguhkan tayangan yang ditetapkan pada 9 Ogos kepada 26 Ogos. Tambah sumber itu lagi, pihak produksi turut menyampaikan permohonan maaf mereka kepada penonton yang sudah menunggu drama tersebut sejak sekian lama.

Sementara itu, pihak produksi rancangan tv MBC Love Me Actually juga akan melakukan suntingan semula terhadap adegan-adegan yang melibatkan Oh Seung Yoon. “Kami berasa lega kerana adegan-adegan melibatkan dirinya sudah boleh dihapuskan terlebih dahulu. Kami akan memastikan penonton berasa selesa sepanjang mengamati rancangan kami,” kata wakil produser MBC.

Oh Seung Yoon yang merupakan bekas pelakon kanak-kanak telah pun ‘debut’ sejak tahun 1996 lagi ketika berusia 5 tahun. Antara drama lakonannya termasuklah SBS Empress’s Dignity yang disiarkan pada akhir tahun lepas, memegang watak sebagai Lee Yoon.

Sumber: yonhap news , star news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.