/Sudah tersenarai dalam Forbes Celebrity 100, BTS kini bergelar ‘band’ terkaya di seluruh dunia

Sudah tersenarai dalam Forbes Celebrity 100, BTS kini bergelar ‘band’ terkaya di seluruh dunia

Majalah Forbes yang dikenali dengan fakta nilaian kekayaan yang dimiliki setiap individu di seluruh dunia hari ini menamakan BTS di dalam senarai Forbes Celebrity 100 di posisi no.43 dengan purata nilai kekayaan bersih sebanyak 57 juta dolar (~RM235.3juta), menjadikan mereka ‘band’ terkaya di seluruh dunia untuk tahun 2019

Ini merupakan kali pertama BTS tersenarai di dalam majalah Forbes. BTS yang dianggotai oleh Kim Nam Joon, Jeon Jungkook, Kim Seok Jin, Kim Tae Hyung, Park Ji Min, Min Yoongi dan Jung Ho Seok merupakan selebriti Kpop paling berharta untuk tahun 2019 dan satu-satunya yang tersenarai untuk 100 selebriti termewah sekali.  Menurut Forbes, purata kekayaan mereka yang diperolehi kebanyakannya daripada konsert jelajah ‘Love Yourself World Tour’ telah menjana keuntungan sebanyak 44 juta dolar (~RM181.7juta) berdasarkan enam lokasi stadium di Amerika Syarikat saja.

Kemudian, dua filem konsert mereka,  Burn The Stage: The Movie dan sekuelnya, BTS World Tour: Love Yourself in Seoul juga berjaya pecah panggung dengan masing-masing meraih kutipan ‘box-office’ sebanyak 18.5 juta dolar (~RM76.4juta) dan 11.7 juta dolar (~RM48.3juta). Nilaian seterusnya adalah daripada jualan album Love Yourself dan juga bayaran sebagai duta rasmi jenama antarabangsa seperti Hyundai dan Coca Cola.

Menambahkan lagi kekayaan dimiliki oleh mereka, BTS turut melancarkan aplikasi dinamakan sebagai ‘BTS World’ membolehkan peminat mereka, ARMY sendiri menentukan jadual bekerja BTS secara virtual. Aplikasi ‘BTS World’ ini berjaya mencatat jualan tertinggi sewaktu dilancarkan buat pertama kali.

Sumber: Forbes

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.